Waktu Solat

01/06/2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Penat lelah mak & abah berkejar ke sana ke mari akhirnya nampak di depan mata. Syukur...Allah permudahkan urusan kami.

25 Mei yang lepas mak telah berjaya mendaftarkan perniagaan dekat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama abah & Hannani. Pergi ke sana selepas mak selesai temuduga. Hari Jumaat pejabat2 kerajaan akan tutup awal. Kami sampai di sana dalam pukul 11.15. Pegawai2 pun melayan dengan baik & Alhamdulillah LAMAN MUSLIMAH RESOURCES dapat didaftarkan dengan mudah & pantas. Syukur...

Mak gembira sangat sebab Hannani berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut. Maklumlah, Hannani dah dikejutkan seawal pukul 7pagi untuk menghantar mak temuduga. Tunggu lama hampir 2 jam baru selesai. Tapi mak dah upah Hannani awal2 sebelum pergi temuduga dan masuk ke SSM. Jadi Hannani ceria selalu sebab dah dapat upah dulu ^__^

Mak & abah minta maaf menyusahkan Hannani yang masih kecil.  Mak & abah selalu bawa Hannani ke sana ke mari menguruskan perniagaan kita yang baru nak bertapak ni. Mak harap bila Hannani besar nanti Hannani faham kesusahan yang kita rasa sekarang ni adalah untuk kesenangan masa depan kita nanti. Biarpun orang keliling selalu kata kesian pada Hannani, kecil2 lagi dah diusung ke sana ke mari..penat. Iye...mak tau..kita sama2 penat. Tapi itu untuk memastikan kesenangan kita pada masa depan. Mengerti ya sayang..