Waktu Solat

28/08/2012

Nur Ain Hannani 1 Tahun


Assalamualaikum...
Alhamdulillah Hannani telah genap setahun pada 20 Ogos yang lalu. Syukur...anak mak & abah membesar dengan sihat & semakin bijak ^__^


Hadiah Hari Lahir
Sempena ulang tahun Hannani yang pertama ni, mak abah hadiahkan Hannani sepasang baju & beg tangan mainan. Saja mak abah belikan dia mainan sebab jarang sangat mak abah belikan Hannani mainan. Selalu Hannani main apa sahaja yang dia jumpa kat rumah ni..pinggan pun boleh jadi mainan dia.


Berjalan
Sejak dah pandai berjalan ni Hannani makin ligat. Suka dia berjalan sana sini..kadang-kadang mak fikir mungkin Hannani tengah gian nak berjalan. Mak abah tengah makan, Hannani akan berjalan pusing keliling mak abah. Bila mak masak Hannani sibuk tolong mak masak kat dapur. Penat abah ambil bawa ke depan, kejap lagi Hannani dah berjalan sampai ke belakang balik. Kesian abah..letih kejar Hannani.

Berceloteh
Hannani suka berceloteh bila duduk bermain. Kadang-kadang Hannani ajak mak abah sembang sama. Hehe..tapi mak abah tak faham apa yang Hannani sembangkan. "Acece...ce.cee...nya..bam..bah bah..." Kadang-kadang tu ada juga la perkataan yang mak abah faham macam "abaahhhh" "tata" "cini" ^__^ Comel sangat anak mak abah bila berceloteh. Lucu pun ada bila tengok aksi Hannani pegang talifon sampai senget kepala sambil buat bunyi "haaa..haaa...haaa..." Konon tu tiru gaya mak tengah cakap kat talifon la tu. Hehe...

Kasut
Tengok gambar ni...hehe..Hannani suka sangat dengan kasut dia ni. Bangun tidur terus sahaja cari kasut. Bila nampak kasut je terus ambil bawa kat mak. Siap pijak-pijak lagi kasut tu..konon bagi isyarat kat mak la tu nak pakai kasut. Tersenyum simpul dia bila mak pakaikan kasut tu. Suka sangat kan..

Mak abah sentiasa doakan Hannani membesar dengan sihat & bijak. Semoga Hannani menjadi anak yang solehah & mendengar kata orang tua.






19/08/2012

Aidil Fitri 2012


Assalamualaikum...

Tahun ni merupakan tahun ke 2 Hannani beraya :-)
Tahun ni dapat la Hannani melaram dengan baju kurung. Tahun lepas tak ada baju kurung lagi..Hannani baru 10 hari masa menyambut raya tahun lepas.

Masa ambil gambar ni Hannani in a good mood. hehe...tu yang dia sporting je masa ambil gambar walaupun muka tak ada senyum langsung. Alahai anak mak abah ni..selalu je buat muka serius dia tu.
Nampaknya Hannani suka dengan kasut raya dia ni..tadi bangun tido je terus minta pakai kasut tu. Hehe..comel je...suka sangat dekat kasut baru tu. Kalau boleh nak pakai 24 jam.

Dah besar dah anak mak abah ni. Esok dah nak sambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
Semoga anak mak abah ni membesar menjadi anak yang solehah ye.

01/08/2012

Aksi Hannani diusia 11 bulan

Assalamualaikum..

Jom kita saksikan aksi daripada Hannani :-)



Ketika mak mengupload video ni, mak sedang mendukung Hannani yang  tengah mengamuk minta perhatian. Jelous dengan komputer ni haa...mak asik tengok komputer tak nak layan dia main ye..hehee
Sambil2 tu tangan dia pun ikut tekan keyboard sama..konon nak taip berduet ngan mak la tu ^__^

Jadi mak xleh nak tulis banyak2 la entry kali ni ye...faham2 sudah :-)