Waktu Solat

02/12/2011

Nur Ain Hannani 3 bulan

Pertama sekali, mak nak minta maaf..lambat update blog untuk Hannani ni. Mak sibuk sikit..tak berkesempatan untuk menulis tentang Hannani di blog ni. Alhamdulillah..hari ini mak di beri kesempatan untuk menulis tentang Hannani kesayangan mak & abah ni.

Hannani sayang,
Di usia 3 bulan ni pelbagai ragam Hannani yang dapat mak & abah lihat. Macam2 keletah Hannani yang menghiburkan hati mak & abah.

1) Sekarang Hannani dah pandai bermain dengan mak & abah...terjerit2 Hannani main dengan mak & abah. Pandai anak mak abah ni..suka menarik perhatian orang untuk bermain dengan dia :-) Comel sangat telatah Hannani. Mak abah suka dengar suara Hannani bermain..rasa seronok hati mak & abah kerana anak mak & abah membesar dengan baik dihadapan mata kami. Syukur..alhamdulilllah.

2) Selain itu, Hannani dah pandai merengkan badan Hannani. Mungkin anak mak abah ni nak belajar meniarap. Kadang2 bahaya kalau nak tinggalkan Hannani tidur kat atas katil sorang2 sebab Hannani dah pandai pusingkan badan ke pelbagai arah. Letak kat tengah katil, tau2 je nanti Hannani dah sampai di tepi katil. Kepala dah menhala ke arah lain..ya Allah..cemas kadang mak & abah dibuatnya. Tapi tak apa...mak & abah tahu Hannani nak belajar untuk meniarap & seterusnya membesar kan sayang.

3) Bila Hannani menangis, akan keluar suara "maaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk"....hehe...Hannani seolah2 menjerit nama mak.. Suka mak dengar tau (",) Tertanya2 mak & abah, bila la Hannani nak pandai panggil mak & abah nanti ye? Tak sabar mak & abah tunggu tau.

4) Hannani masih suka mandi macam dulu..tak menangis bila mandi..malah suka & kadang2 tu tak nak keluar pulak dari air. Seronok sangat bila tengok Hannani mandi. Macam2 gaya Hannani bila mandi. Satu perangai baru yang mak & abah jumpa ialah Hannani dah pandai hisap tangan. Pandai pulak tu buka sarung tangan dia sendiri bila nak hisap jari. Kalau tak terbuka sarung tangan tu habis lencun..basah kene air liur dia. Bijak anak mak abah ni.

5) Sekarang Hannani makin bam bam..berat pun dah mencecah 5kg. MasyaAllah..kadang2 letih juga nak mendukung Hannani. Tapi, mak & abah suka tengok Hannani yang bam bam ni walaupun macam2 ragam dia. Pernah tu Hannai tak nak di baringkan masa dlm kereta. Jenuh mak dukung Hannani dari Serdang ke Melaka. Hannani nak mak kurus ye ;-)

6) Alhamdulillah...Hannani masih menyusu badan. Malah lebih kerap berbanding dulu. Manja sangat dengan mak & abah. Tak boleh tengok mak berjalan tinggalkan dia..mula dia merengek-rengek manja minta perhatian kan. Kalau boleh Hannani nak berkepit dengan mak je & menyusu walaupun tengah tidur. Mak suka Hannani menyusu badan..badan Hannani kuat..keras..mudah mak & abah nak mendukung Hannani sekarang.

Mak & abah mendoakan semoga Hannani membesar dengan sihat...terdidik menjadi anak yang solehah...taat pada mak & abah ye sayang. Semoga Hannani menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah..

12/11/2011

Kenduri Aqiqah Hannani

7/11/2011
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha, abah & mak telah mengadakan kenduri aqiqah Hannani di rumah atuk Rosly kat melaka.
Akhirnya, tercapai jugak hasrat abah & mak untuk mengadakan kenduri aqiqah Hannani.
Terima kasih dekat keluarga atuk Rosly yang bertungkus lumus membuat persiapan kenduri untuk Hannani.
Terima kasih dekat atuk Ahmad Ibrahim yang datang dari jauh untuk kenduri Hannani jugak.
Syukur sangat..semuanya berjalan dengan lancar.


Hannani sayang,
Tahu tak mengapa mak & abah mengadakan kenduri aqiqah untuk Hannani?
Sebabnya...
  • Ianya sebagai tanda kesyukuran untuk mak & abah kerana telah dikurniakan anak. 
  • Untuk mengisytiharkan kepada kawan2, jiran tetangga & sedara mara tentang anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah..iaitu Hannani kesayangan mak & abah ni (",)
  • Salah satu cara untuk memulakan kehidupan Hannani dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga & masyarakat setempat..insyaAllah.
  • Tak lupa juga, ianya sebagai tanda kegembiraan bagi mak & abah kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Mak & abah harap, suatu hari nanti Hannani akan faham apa yang mak cuba sampaikan ini.

12/10/2011

Istimewa Untuk Hannani

Hannani semasa berumur sehari 

Tidur Nani sentiasa lena apabila kenyang ;-)
Semakin bam bam anak mak & abah ni



Lena tidur anak mak & abah ni


Nani dah pandai di agah

Hannani bersama puting dia...guna waktu kecemasan je tau

Hannani bersama abah ^___^
Pandai Nani posing kan???

Hannani bersama emak ^____^
Terlentok2 Nani tersenyum memandang abah

Mak kacau Nani ye...
Tak apa...Nani relaks aje..abah ada nak tolong Nani


Barulah nampak macam perempuan ye..ada reben kat kepala *_^
Kalau tak orang asik ingat Nani lelaki je walaupun mak dah pakaikan dia skirt
Sian dia..nanti dah tumbuh rambut tak nampak macam lelaki lagi kan

Hannani dah sebulan...macam2 keletah dia.

04/10/2011

Nur Ain Hannani sebulan

Hannani sayang,

20 September hari tu Nani telah genap sebulan, tapi baru hari ni mak buat entry tuk Nani. Maaf ye sayang. Alhamdulillah..mak dengan abah bersyukur sangat dapat melihat Nani membesar dengan baik di depan mata kami. Mak dengan abah seronok sangat tengok keletah Nani sekarang. Nak tahu apa perkembangan Nani di usia sebulan ni???

1) Nani kesayangan mak dengan abah ni dah pandai melihat...mula2 mak tak perasan Nani dah boleh melihat. Pak usu Nani dengan abah la perasan masa pak usu main2 dengan Nani kat umah atuk Rosly. Alhamdulillah..syukur sangat2.

2) Nani dah pandai tersenyum bila di agah. Seronok mak dengan abah berinteraksi dengan Nani sekarang sebab Nani dah boleh respon dengan mak dan abah. Kadang2 Nani macam bercakap dengan mak dan abah pun ada. Abah la paling seronok sekali main dengan Nani bila abah balik kerja. Lupa semua penat abah bila balik kerja main dengan Nani.

3) Dari Nani lahir sampai la umur sebulan ni Nani memang suka sangat bila mandi. Nani xpenah menangis waktu mandi..bagus Nani ni.  Selalu sangat Nani berenang dalam besen mandi Nani..comel je. Nani suka dengar air berkocak..bila air berkocak je kaki Nani akan menendang2 air dalam besen macam orang berenang. hehe..comel sangat!

4) Makin Nani membesar ni, Nani semakin kuat menyusu. Kalau dulu Nani menyusu sikit je...sekarang Nani dah kuat menyusu. Kadang2, waktu siang Nani boleh menyusu sejam sekali. Kalau dulu Nani jarang sangat menyusu...mungkin juga awal2 dulu Nani xkuat menyusu sebab Nani kene penyakit kuning. Sekarang, alhamdulillah...Nani dah sihat dan kuat menyusu sebab tu Nani semakin bam bam.hehe..... Semoga anak mak abah ni dapat membesar dengan sihat.

5) Apa yang mak dan abah perasan, sekarang ni Nani dah mula mengesot2 ke bawah. Nani gerak-gerakkan kaki Nani sampai turun kepala Nani dari bantal. Kadang2 tu, Nani buat macam tu masa menyusu. Ya Allah...geram mak tengok perangai Nani ni yang satu. Tapi mak tau, ni permulaan untuk Nani membesar kan? Jadi berusaha lagi ye sayang.


30/09/2011

Mak & Novel

Hannani sayang...

Nani nak tau tak, mak sebenarnya minat sangat membaca. Dari mak kecik lagi mak memang minat membaca..tak kira la buku sekolah ke surat kabar ke majalah...semua mak baca. Kemudian, bila mak besar sikit, mak mula meminati novel. Macam2 novel yang mak baca. Mula2 mak pinjam dari perpustakaan awam. Kemudian, bila mak dah masuk matrikulasi, mak dah tak dapat nak pinjam dekat pustakaan awam lagi (sebab jauh). Jadi, mak mula menjinak2kan diri dengan buku2 agama yang ada dekat perpustakaan matrikulasi yang mak belajar tu. Alhamdulillah...satu penghijrahan yang lebih baik untuk diri mak.

Tapi kan nani, dalam diam2 mak ada jugak beli satu dua novel guna duit simpanan mak. Hehe..sebenarnya mak memang suka sangat la baca novel. Kemudian, apabila masuk ke universiti, mak pula dapat biasiswa, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jadi, mak punya lebih wang untuk dibelanjakan. Alhamdulillah...ada rezeki lebih sikit. Mak mula membeli novel secara pos. Sebulan 2 atau 3 buah buku mak beli. Habis la dalam RM40 ke RM50 dalam masa sebulan untuk novel saja. Kadang2 arwah nenek sampai marah sebab mak sanggup berlapar nak kumpul duit beli novel daripada makan best2.

 Teruk kan mak ni? Nani jangan jadi macam mak tau. Memang membaca tu amalan yang mulia..tapi jangan la berlebih2an pula ye.

Lepas tu, bila mak dah kawin dengan abah..abah pula menyokong minat mak yang 1 ni. hehe...duit gaji abah tiap2 bulan memang ada la dalam  RM50 diperuntukkan untuk mak membeli novel. Mak memang bercita2 untuk membuat perpustakaan mini dirumah kita. Nak simpan semua koleksi buku2 mak. Dari novel hingga ke buku2 agama & ilmiah mak nak simpan kat situ. Dah banyak dah koleksi buku2 mak ni.

Akhir2 ni mak mula terfikir, banyak duit abah yg dibelanjakan untuk membeli novel2 mak. Jadi, mak buat keputusan untuk mengurangkan belanja membeli novel. Mak mula menjinakkan diri mak dengan blog pulak. Sebab apa nani nak tau tak? Sebab mak memang tak boleh kalau tak membaca. Jadi, tak dapat beli novel, mak baca ajela cerita2 orang lain di dalam blog2 mereka. Terubat jugak gian mak nak membaca.

Mak harap, andai nani punya minat yang sama seperti mak...nani jangan la membazir ye. Beli la semampu kita sahaja. Paling penting, beli sekadar yang perlu. Andai ada cara lain yang lebih menjimatkan..kita guna la cara yang lebih menjimatkan. Faham tak anak kesayangan mak ni? InsyaAllah nani akan faham suatu hari nanti.

29/09/2011

Buaian Rosak

Syukur alhamdulillah... Nur Ain Hannani sudah lena dalam buaian. Petang tadi abah&mak resah sekejap bila motor buaian automatik Nani tiba2 rosak & tak berfungsi, nasib baik masih ada tempoh warranty lg. Terus abah usahakan untuk dapatkan yang baru tanpa membuang masa. Akhirnya abah dapat cari motor buaian automatik yang baru... Alhamdulillah... lega rasa hati. Hari ni anak abah&mak berkelakuan baik... Kami (abah&mak) rasa seronok bila Nur Ain Hannani byk masa tuk bermain-main bersama kami. Gembira rasanya hati ini. Untuk pengetahuan Nani, telatah Nani yang kadang-kadang lucu banyak sangat mengubat jiwa abah&mak. seronok sgt bila abah balik keje waktu malam dalam keadaan penat disambut dengan telatah Nani yang sangat2 mencuit hati abah. Begitu juga dengan mak, hilang rasa penat mak seharian melayan kerenah Nani yang bermacam-macam.  Abah&mak berharap Nani akan terus menjadi budak yang baik yer... Abah&Mak sayang Nani sangat2.

28/09/2011

KEBERKATAN AL-FATIHAH

Alhamdulillah.... saat ini aku (abah) baru lepas memujuk Ain Hannani supaya berhenti menangis... dah macam2 cara yang kami (mak&abah) lakukan demi menyelesaikan masalah kami terhadap Nani. Nak kate x bg susu? mak dah bagi sampai sakit2 badan mak... tapi senyap kejap jer... di bagi puting pun x nak.. di bedung pon xnak... apa lagi yang Nani nak? digendong? di usung kesana sini? masuk dalam buai? huh.... semua abah & mak dah lakukan...tapi.... masih lagi menangis tanpa henti. Ya Allah bantulah kami (hingga menitis air mata...). Akhirnya terdetik di hati abah untuk baca ayat2 suci Al-Quran untuk diperdengarkan di tepi telinga Nani... Abah bermula dengan membaca surah Al-Fatihah... ALHAMDULILLAH dengan keberkatan surah Al-Fatihah di sertai ayat2 suci Al-Quran yang tertentu dibaca oleh abah, akhirnya Nur Ain Hannani mulai senyap dan seperti terpegun serta khusyuk mendengar bacaan tersebut... Abah rasa bersyukur sangat Nani kembali senyap seperti selalu... Abah ngan Mak sayang sgt dengan Nani... Kasih & sayang Mak&Abah hanya untuk Nani... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.di atas nikmat yang diberikan....

27/09/2011

Saya & Pantang

Hari ni genaplah 39 hari saya berpantang. Tinggal 5 hari lagi tempoh yang menyeksakan ni tuk diharungi. Hehe...xtau la kalu ada perempuan kat luar sana yg gembira melalui tempoh berpantang ni. Pada saya, seksa sangat la berpantang selepas bersalin ni. Apatah lagi, saya ni jenis yg pantang.."pantang jumpa" bukan yg pantang sungguh2 tu. Di tambah lagi dengan keadaan saya yg berpantang sendiri. Xde org yg jaga..makan apa yg suami masak je. Apa suami saya bagi, saya makan jela.. Kalau boleh, saya xnak menyusahkan suami saya. Kesian sangat dekat suami yang bersusah payah menjaga saya seorang diri. Pada hal inilah pengalaman pertama kami. Jadi, suami buat takat yg termampu aje. Saya pun xnak paksa dia buat macam2..

Bab makanan:
Orang cakap dalam pantang ni xleh makan makanan bergoreng, xleh minum air banyak, xleh makan ayam (bagi org yg operation la), xleh makan telur..segala macam yg xboleh makan la. Ais yg menjadi idaman hati ni bila hari panas tu pun xboleh tau. alahaiii...seksanya la.

Bab2 lain:
Xleh kuar berjalan, kene ikat rambut tinggi2..kene duduk selunjur selalu...

Alahaiii..macam2 lagi la. Tak terbuat semuanya. hehe...Jadi, anda semua mesti boleh teka kan samaada saya ni berpantang dengan cara yang betul ke x  kan(-_*)v

Keliru

Assalammualaikum Nur Ain Hannani...

Anak mak ni dah banyak ragamnye sekarang. Susah mak nak buat kerja..selalu nak berkepit ngan mak. Alahai Nani yg mak sayang ni. Jangan la macam tu ye sayang...kesian abah nanti kene buat kerja rumah seorang.

Nani, tau tak hari ini mak dapat tawaran kerja. Tapi mak terpaksa tolak setelah ditambah tolak, darab bahagi semua masalah yang ada. Memang tak dinafikan agak lumayan jugak gajinya..tapi untuk kebaikan Nani mak ngan abah terpaksa menolak tawaran tersebut. Semoga Allah memberi rezeki di tempat lain. InsyaAllah..janji Allah itu pasti untuk orang-orang yang beriman.

Nani sayang,
Nani tau tak yang mak Nani ni selalu keliru dengan telatah Nani??? Mak tak tau kenapa Nani menangis selalu..Nani nak susu ke..yayak ke..sejuk ke... Macam mana ye Nani? Mak ni macam xpandai jaga Nani je kan? Selalu mak perlukan bantuan dari abah pasal Nani kesayangan kami ni. Bila la agaknya Nani pandai cakap ye..biar senang mak faham apa yang Nani nak. Xlah mak keliru macam sekarang ni. hehe...

Nampaknya mak kene upgrade sikit skill mak memahami Nani la kan?

14/09/2011

Pengalaman Bersalin

26 hari yang lalu saya telah selamat melahirkan anak saya yg pertama. Bermakna saya sudah 26 hari dalam pantang. Tengah menghitung hari tunggu habis berpantang. Azabnya la melalui saat2 berpantang ni (len kali saya cte ye)

Masihku ingat lagi tarikh tersebut. 18 Ogos 2011 merupakan temujanjiku yg ke-2 di Klinik Pakar Hospital Serdang. Aisshhh..riso bebenor ni..mana taknya..sebelum ni g 1st check up kat sna saya dah kene masuk wad. Tekanan darah terlalu tinggi..kene la duduk wad 2 3 hari tuk pemantauan. Jadi, tuk temujanji kali ke-2 ni saya & suami berdoa la sgt2..jgn la kene masuk wad lg. Masa tu kandungan saya dah masuk minggu yg ke 39. Tapi, apa yg diharapkn xselalunya menjadi kenyataan kan. Macam 1st check up jgk..kali ni doktor cakap kene tahan terus di wad & kene paksa bersalin. Dah cukup bulan..xperlu risau. Macam tu la kata doktor. Nak xnak kene la ikut jgk kan..xkan nak lari kot. Hehe..

Agaknya memang trend wad bersalin kot sebelum masuk wad kene g dewan bersalin dulu. Alasan  mereka xde katil kosong lg. Saya pun terus di bawa ke dewan bersalin. Amik darah pastu rehat di katil sementara sebelum di bawa ke wad. Masa tu tekanan darah diambil semula..tapi masih tinggi juga walaupun sudah diberi makan ubat. Saya terus ditukarkan baju & kene baring atas katil sahaja. Xleh jln2 g..uhhh..xbest betul! Xlama lepas tu saya di bawa masuk ke bilik khas didalam dewan bersalin. Macam2 wayar di pasang di badan. Petang tu doktor masukkan ubat utk cepatkn proses bersalin. Doktor kata bukaan saya cume 2cm. Masya Allah...sakitnya hanya Tuhan sajalah yg tau bila ubat dah di masukkan. Contraction mula dirasai..perutku mengeras..rasa macam nak buang air besar pun ada. Dah tu x dibagi makan atau minum. Ya Allah...dah la saya berpuasa dari pagi. Lapar & haus yg teramat sampai saya tertunggu2 masa nak mkn ubat. Kalau nak tau..saya ni bukan main takut nak makan ubat..tapi dalam keadaan haus macam ni saya tertunggu2 masa tu.Siap merayu2 dgn nurse nak minta air..tiap kali suami saya masuk, saya minta dia suapkn setitik air. Suami saya pun dalam takut tapi berani curi2 menitiskan setitis dua air dlm mulut saya. Setitis air pada saya amatlah nikmatnya pada masa tu.

Ada 1 problem bin masalah duduk dalam dewan bersalin ni...boleh katakan hampir setiap setengah jam (dlm hati terpikir gak..ramainye la org yg bersalin bulan puasa mcm ni ye) saya boleh mendengar orang menjerit, meraung masa nak lahirkan anak. Ada macam2 bunyi..ada yang xdengar suara mak dia pun..tup2 dah dengar suara anak dia menangis. Ada plak yg dari awal masuk dewan bersalin sampai masa nak meneran menjerit2...ngeri saya mendengarnya. Trauma sepanjang duk dlm bilik tu...suami saya pun pandai cakap..macam2 bunyi dlm bilik ni ye..siap dia ajuk2 lagi gaya doktor ngan nurse yg menyambut bayi.."pushh..pushh.." Mana x nye..bukan patient je menjerit masa nak deliver..doktor ngan nurse pun ikut sama menjerit. Serius..saya memang trauma. Saya gtau kat nurse yg jaga saya..mcm manalah tekanan darah saya nak turun kalau tiap2 jam saya dengar org menjerit nak lahirkan anak. Ya Allah...besar sungguh pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak.

Pagi 19 Ogos doktor beritahu mereka perlu memecahkan air ketuban utk mempercepatkan proses bersalin kerana bukaanku hanya 3cm setelah dimasukkan ubat. Sakitnya xboleh nak digambarkan mcm mana. Habis banjir tilam yg diduduki. Xselesa..darah bercampur lendir keluar dgn banyak. Sakit di perut bertambah. Kata nurse, mmg itulah tujuan di pecahkan air ketuban. Ya Allah...saat tu saya merasakan mcm Allah dah nak cabut nyawa saya. Menitis air mata bila suami dtg melawat sehinggakan saya beritahu pada suami "kalau nak operation, operation jelah...jgn la paksa bersalin normal mcm ni..sakit sgt2" Suami byk menyabarkan saya yg dah macam orang putus harapan je gayanya. Saya terpaksa diberikan suntikan epidural tengah hari tersebut utk menahan sakit. Tapi sehingga malam bukaan hanya 5cm walaupun sakitnya semakin kerap. Akhirnya setelah berbincang dengan suami doktor membuat keputusan utk melakukan pembedahan.

Tepat jam 12 malam 20 Ogos, saya pun di tolak masuk ke dewan bedah. Jantung berdegup kencang..hati terfikir2 andai inilah hari terakhirku di dunia ini. Saat yg ditunggu telah tiba..doktor mula mengangkat pisau...(haha..mcm nampak je..sebenarnya saya xnampak tau. Tau2 rasa doktor membelah perut) Tiba2 saya merasakan perit yg teramat sgt seperti dihiris perut ni (memang pun tengah dibelah perut tu...) Dengan rasa xmalunya saya menjerit sekuat hati mengatakan sakit & pedih. Doktor plak kata "xde la..puan cuma rasa je..tp xsakit kan" Kali ke 2 pisau diletakkan saya tetap mengatakan bahawa perut saya mmg pedih yg teramat. Doktor pun terus memberikan ubat bius seluruh badan. Dan..saya merasakan saya berada di dunia kartun. Khayal..xrasa apa pun..sedar2 ada org panggil nama suruh tgk jantina anak. Alhamdulillah..baby girl rupanya. Selepas tu saya terlelap kembali.

Syukur ke hadrat Ilahi..akhirnya lahirlah permata hati kami yg pertama jam 12.29am. Hilang sudah rasa sakit..rasa takut yg ada bila dapat menatap wajah NUR AIN HANNANI, cahaya mata kesayanganku ini. Semoga anak mak & abah ni menjadi anak yg solehah, bijak serta menghormati org tua. Amin.


09/09/2011

RAGAM ANAK ABAH & EMAK

Tadi abah g beli buaian untuk Nani anak abah disebabkan anak abah suka digendong ajer. Itu pon atas nasihat nenek nani kat abah ngan mak. Mak ngan abah x tahan nak gendong Nani lamer2. Penat tue... Bila Nani tertido masa menyusu, mak cuba alih Nani untuk diletakkan atas tilam Nani, tapi Nani cepat sangat tersedar. Sepanjang malam Nani nak duduk atas pangku je. Kesian kat mak...kesian jugak kat abah. Hehe..


Bila malam ada jugak la teman mak nak layan Nani punya perangai. Tapi..bila abah dah g keje..kesian kat mak. Nak mandi pun susah. Nak mkn apatah lagi...Nani asik merengek je. Jadi, hari ni, sempena hari ke 21 nani lahir..abah g la beli buai untuk anak abah yg tersayang ni. Minta2 lepas ni lena la anak abah  ngan mak ni tdo dlm buai ye. Jangan meragam lagi ye sayang... Video kat atas ni antara aksi2 anak abah bila mood dia baik. Masa mood dia xbaik, xsempat mak ngan abah nak rakam aksi dia. Hehe..

08/09/2011

NUR AIN HANNANI

ALHAMDULILLAH... Akhirnya....Saat yang di tunggu2 telah tiba... Setelah genap 9 bulan, lahirnya seorang puteri ke dunia ini dengan disambut air mata kegembiraan diiringi azan & iqamah. Ni la permata hati kami...    Si comel ni dilahirkan pada 20/8/11 jam 12:29 a.m di Hospital Serdang dengan berat 3.42kg. Setelah dipersetujui oleh kami berdua maka kami namakan permata kami dengan nama yang cukup indah.
NUR AIN HANNANI nama diberi yang bermaksud ( Cahaya Mata Kesayanganku ). Kehadirannya amat bermakna bagi kami sebagai penghibur duka dan lara serta penyejuk mata. Moga pada masa & hari yang mendatang kelak NUR AIN HANNANI akan menjadi kanak2 yang periang & bijak serta mentaati segala perintah Allah, rasul & ibubapa (kami), seterusnya menjadi remaja yang tahu menilai baik & buruknya sesuatu perkara serta mendidik jiwa untuk menjadi wanita muslimah yang solehah. Harapan & impian kami yang menggunung akan disertai dengan usaha & doa dari kami sendiri. InsyaAllah... mudah2an semuanya akan berjalan lancar. Amin........... 

06/09/2011

CORETAN PERTAMA


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi,  terciptalah blog kami yg pertama.

Hasrat hati kami ingin berkongsi suka duka, riang ria kehidupan bersama rakan2 sekalian. Di kesempatan ini juga kami harap dengan adanya blog ini kami dapat berkongsi pengalaman serta bertukar2 pendapat bersama kawan2 baru & lama. Jika terdapat ape2 jua cadangan atau komen sila maklumkan kepada kami tanpa segan silu yer...