Waktu Solat

01/11/2013

Percutian Keluarga 1

Rancangan percutian keluarga tahun 2014

Alhamdulillah...
Keluarga kecil kita diberi rezeki oleh Allah untuk menikmati percutian tahunan setiap tahun. 
Percutian tahunan memang termasuk dalam rancangan tahunan keluarga kerana bagi mak & abah bercuti bersama keluarga sambil menikmati permandangan tempat lain (bukan rumah kita, tempat kerja ataupun balik kampung) boleh membantu merehatkan diri dari bebanan kerja disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga.
  Mak abah selalu memilih destinasi yang murah mengikut bajet kami pada tahun tersebut.


Tahun 2011 
kita sekeluarga bercuti di Cameron Highland
Pergi sekali dengan keluarga mak yang
Tidur dekat kampung atuk di Simpang Pulai. Pagi-pagi terus naik Cameron..petang tu turun balik. Pergi hari je..tak tidur di Cameron Highland.
Tahun itu merupakan percutian pertama keluarga kecil kita.
Masa tu Hannani kecik lagi..baru 4 bulan. Cameron Highland pulak sejuk...tidur je dia dalam baby carrier sepanjang dekat sana.
Hannani memang suka tempat sejuk..tambah lagi mak yang dukung. Lena sangat la :-)
Ada duit lebih in sha Allah mak abah bawa pergi sana lagi. Kita rasa bermalam di Cameron Highland pulak..hehe...

Antara gambar-gambar kenangan kita di Cameron Highland:
Masa ni dah petang..nak turun dah

Dekat Taman Kaktus
Comel sangat Hannani buat muka macam tu

Keluarga Mak Yang

Rose Valley..
kebanyakan masa di sini Hannani tidur sebab cuaca sejuk sangat.
Nyaman..tambahan pula masih pagi.
Dekat pasar malam







Tahun 2012
Kita pergi ke Langkawi
Kali ni pergi dengan keluarga Atuk Rosly & Pak ngah Radhi.
Kita duduk dekat homestay 3 hari 2 malam.
Masa ni Hannani dah besar ( 1 tahun 4 bulan) dah dapat kaki..punya la lincah dia berlari sana sini..
Banyak tempat yang kita lawati semasa di sana..tapi tak banyak mana yang mak borong dekat sana.
Bajet kecik je ni masa pergi Langkawi.
Langkawi ni pun ada dalam senarai mak abah untuk pergi lagi sekali. Misi nak beli  barang dapur yang murah-murah lagi. Hehe...nak memborong kalau larat la nak bawa kan :-)

Antara gambar-gambar kita di Langkawi:

Cable car
Kita tak naik cable car ni sebab mak takut..hehe..gayat

Ini dekat beras terbakat
Rupanya dekat depan rumah orang..rumah tu pun cantik sangat

Ini rumahnya...
Nampak klasik kan?
Gambar ni ambil dengan atuk Rosly & nenek Sal..Pak Cu pun ada 

Dataran Helang

Hannani & mak
Cable Car Langkawi

Suka Hannani dapat main

Hannani dengan abah di Cable car

Pantai Pasir Hitam

Dapat main di taman permainan sampai tak nak balik si kecik ni


Bergambar dengan atuk di Dataran Helang

Bilik pameran di Makam Mahsuri

   Depan rumah Mahsuri


Tahun 2013
Tahun ini abah tak pasti lagi nak pergi ke mana.
Cadangnya nak sambut ulangtahun perkahwinan mak abah bulan november ni.
Nak pergi menginap di hotel dekat Port Dickson atau di Melaka je.
Tapi hujung bulan 12 ada hari keluarga ofis abah di Langkawi..mak pula dah dapat panggilan temuduga. Kalau mak dah dapat kerja tak boleh la nak minta cuti kerap sangat memandangkan mak baru berkerja.
Kita tunggu minggu depan macam mana.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.





28/10/2013

Ragam Anak

Macam2 ragam anak solehah mak & abah ni...

Gambar ni diambil sehari sebelum Hannani kene selsema.

Waktu subuh...
Cantik je lepas azan subuh
Mak baru nak bentang sejadah anak solehah mak abah ni dah menangis 

Maaaaaakkkkkkkk......
Abaaaaahhhh...
Sambil turun katil jalan ke depan
Muka tu dah comel sangat la...dengan mata pejam jalan keluar bilik cari mak
Jalan pun terhuyung-hayang
Terus landing atas sejadah mak
Masih menangis lagi

Hannnani: "Abaaahhh???"
Mak: "Abah pergi masjid...solat."
Hannani: "Nak tengok wiwiiiiii"
sambil tangan tunjuk tv. Ok la...mak bukakan tv.
Mak pun sembahyang depan tv jg sebab umah dah banjir malam tadi
Air tak kering lagi kat tempat mak selalu solat.

Rutin harian Hannani bila bangun tidur memang mencari mak & abah.
Kadang-kadang tu dia jerit je atas katil panggil mak atau abah sampai mak datang.
Isshhh...geram mak. Terlebih manja ni!

Sementara mak solat, anak solehah mak ni diam duduk sebelah mak. 
Elok je mak bagi salam...
"Nak MELOOOOO..."
Mak: "Nani nak melo ke nak susu?"
Hannani: "Nak meloooo..."
Huwaaaa...dia start enjin lagi.
Mak pun berdoa diiringi tangisan Hannani

Lepas habis lipat sejadah & telekung mak pergi belakang nak buat milo utk Hannani. 
(Melo tu susu formula campur dengan milo khas untuk Hannani-budak yang tak mahu minum susu kosong. kalau susu formula yang coklat pun dia tak layan juga)
Enjin masih berbunyi sebab mak tinggalkan pergi belakang
Mak panggil tak mahu gerak..takut tengok kipas pusing-pusing abah pasang untuk keringkan lantai.

Milo dah siap..
Hannani ajak masuk bilik...
Naik katil mak bagi melo hisap sikit je
Pastu minta susu juga
Aduhaaaiiiii...anak mak ni
Bagi la hisap susu...3 kali sedut je mata dah layu.

Akhirnya..
lena la puteri kesayangan mak abah ni bila dapat hisap susu terbaik di dunia.
Milo yang mak buat tu pun masih penuh lagi...
Siang pasti akan dibuang milo tu..



Nota kaki:
  • Hannani masih menyusu badan lagi (2 tahun 2 bulan). Mak tak sampai hati tengok dia menangis nak susu. Bagi susu formula tu pun buat sedapkan dia. Tambahan pula Hannnani kurang makan..mak bagi susu formula supaya Hannani kenyang.
  • Rumah banjir- abah lupa tutup pili utama air ke tangki masa nak balik kampung hari Sabtu. Balik malam ahad habis penuh air dalam rumah. Pelampung untuk tangki tu dah rosak kot.
  • Hannani tak berapa sihat 2 3 hari ini. Hidung berair je..kene selsema dengan batuk sikit-sikit. Mata merah je..kesian anak mak abah ni. Mak abah doakan Hannani cepat sembuh & tak banyak meragam lagi ya sayang.

21/10/2013

NUR AIN HANNANI @ 2 TAHUN


Assalamualaikum cahaya mata kesayanganku...
Alhamdulillah anak dara mak & abah dah genap 2 tahun pada 20 Ogos 2013 yang lalu. Sekejap sahaja masa berlalu..mak rasa baru je lahirkan Hannani. Masih terasa tendangan-tendangan istimewa Hannani dalam perut mak. Hannani yang menemani emak 24 jam sehari, 7 hari seminggu.. Subhanallah...istimewanya saat-saat indah itu. Mak bersyukur kerana sehingga waktu ini Hannani masih menemani mak 24 jam sehari..jadi kawan mak dekat rumah. Assistant chef dekat dapur..setiausaha mak dekat ofis..hehe..

Kek hari jadi Hannani
Nur Ain Hannani penawar suka duka mak & abah...
Anak yang sangat cergas, manja & bijak ini banyak ragamnya. Pandai berceloteh..iyalah bila dah pandai cakap ni macam-macam la soalan dia. Mak dah boleh agak dah..dulu mak selalu cakap dengan abah, "nanti Hannani bila dah pandai cakap mesti riuh mulut dia kan?" Hehe...

Sempena hari jadi Hannani yang ke 2 tahun mak abah bawa Hannani jalan2 di JJ.
Dah main dekat sini tak nak balik dah pulak..haru je.

Sekarang bangun tidur je terus tanya abah. Dah pandai berborak..tapi tidak dapat membina ayat lagi. Jenuh la mak dengan abah nak faham apa yang dia borakkan. Nanti kalau tak layan dia marah.

Perbualan rutin mak dengan Hannnani:
Hannnani: " Abahhh???"
Mak: "Abah pergi kerja"
Hannani: "Keje?? majid???"
Mak: "Iya...abah pergi kerja dekat masjid"
Hannani: "Abah...majid??"
Mak: "Iya..abah pergi masjid..."
Hannani: "Nak colat?"
Mak: "Iya..abah pergi masjid nak solat"
Hannani: "Abah majid colat"

Mendera si Pinky sambil ambil gambar mak.
Pinky ni hadiah hari jadi Hannnani daripada mak & abah. Hannani  suka main dengan Pinky ni..malahan dia juga suka duduk atas Pinky 


Menginjak ke usia 2 tahun ini...
 Hannani telah petah menyebut huruf2 hijaiyah & abc.
Sambil bermain Hannani akan menghafal alif hingga ya ataupun a hingga z. Susunan huruf dah betul...cuma kadang2 dia tak mula baca dari awal. Ikut dan dia je nak mula dari mana...lagi2 kalau abc. Hehe...

Paling kelakar bila Hannani sebut lam alif atau alif
Sebutan Hannani akan berubah menjadi "habes". Puas mak & abah betulkan masih tak betul lagi. Huruf2 hijaiyah yang lain alhamdulillah Hannani boeleh sebut dengan baik.
Kalau abc, huruf x akan di sebut "ssss"
In sha Allah sebutannya boleh dibetulkan lagi :-)

Okey, apa lagi ya???
Hrmmm...Hannani dah boleh pakai seluar sendiri sekarang.
Pandai kemas mainan sendiri..tapi tengok mood dia juga la. Hehe...
Pandai pakai kasut sendiri...pandai serba serbi la..senang dah kalau nak keluar. Mak abah bagi arahan je..hehe...

Bergambar bersama Pinky & cermin mata kesayangannya..siap buat peace lagi.
Gaya kesukaan dia sekarang ni :-)

Mak abah harap
Hannani membesar menjadi anak yang solehah...
mendengar kata mak abah
tak mau degil2 tau....kalau degil tu yang mak atau abah marah.
Kalau Hannnai buat salah mak abah kene tegur masa tu juga..bukan apa takut Hannani terbiasa buat perangai macam tu. 
Marah mak abah tu untuk mendidik Hannani menjadi muslimah yang baik.
mak abah harap Hannani faham...marah itu tandanya sayang tau :-)

26/09/2013

Al-kisah....

Ya Allah...
Bila dah lama tak menulis dalam blog ni mula la rasa kekok je nak menulis kembali..hehe...
kesian pula bila lama tak berjenguk..banyak la pulak cerita anak mak & abah yang tak dapat nak di coretkan.

Okey..mak cuba tulis satu-satu dulu ya...buat check list dulu supaya tak ada yang tertinggal nanti :-)
Antara coretan yang perlu ditulis:
1) Kisah raya ( hari tu dah nak tulis..dah mak terlebih touching pulak bila cite bab kuih raya..hehe)
2) Hannani di usia 2 tahun (dah besar dah anak mak abah ni)
3) Perkembangan Hannani
4)Rancangan percutian tahunan famili

Hehe..banyaknya!
Mak cuba okey...draf pun banyak lagi yang tak post ni.
Sibuk sangat mak Hannani kan..sibuk sangat la :-p

Hari ni mak mulakan dengan kisah raya kita ya...
Memandangkan Hannani tengah tidur in sha Allah mak sempat nak buat karangan panjang lebar kat sini :-)

Lebaran 2014 ni...
 kita sekeluarga beraya di Melaka, umah atuk Rosly. Tapi sebelum itu kita balik dulu rumah atuk Ibrahim (atuk Hiiimmm kata Hannani) memandangkan atuk Ibrahim tinggal seorang dekat kampung jadi kita balik dulu ke sana siapkan apa-apa yang patut sebagai persiapan hari raya atuk. Raya pertama & kedua di Melaka, Raya ke 3 & ke 4 dekat Sg Pelek. Lepaa tu abah dah kerja dah..kita memang tak banyak beraya pun..mak abah terror boleh habiskan raya 6 7 buah rumah dalam sehari..hehe..

Persiapan raya tahun ni pun ala kadar sahaja..mak buat kuih sikit, tempah baju raya 2 pasang untuk Hannani selebihnya beli je dekat Giant dengan Jusco..hehe.. Kira ada baju baru untuk hari raya dah memadai kan. Hannani punya lengkap semua..gambar je mak tak sempat nak snap.

Hari raya ke 11 tu mak abah buat open house sekali sambut birthday Hannani. Awal 2 hari la...memandangkan birthday Hannani jatuh hari bekerja. Untuk open house mak masak ala kadar je. Ada nasi himpit, rendang ayam, kuah lodeh dengan sambal tumis. Selebihnya tu ada agar-agar dengan kuih raya je. Masak seorang2 kene buat ala kadar je...tak larat. Hehe..bila Hannani dah besar nanti boleh tolong mak masak ya. Tapi...tolong betul-betul la..bukan tolong macam sekarang ni ya sayang...

Ini ada beberapa keping gambar raya kita tahun ni :-)






Okey..sampai sini sahaja. Dah magrib ni.






04/08/2013

Menjelang Lebaran 1434

Assalamualaikum..
26 Ramadhan 1434
Lagi beberapa hari sahaja raya akan tiba...
sekejap sahaja Ramadhan bakal meninggalkan kita.
Semoga sempat untuk menambah & menggandakan amalan kita di bulan ini & semoga diberi kesempatan untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang.

Ya Allah...
Hannani, rindunya mak pada arwah nenek..
kerinduan ini bertambah-tambah menjelang hari raya ini.
kalau dulu, waktu macam ni arwah nenek akan sibuk buat kek & masak-masak untuk diberi pada jiran & saudara mara. Mak jadi si tukang sibuk bancuh & bakar kek.
Bila nenek dah sakit, mak ambil alih tugas nenek buat kek & masak rendang untuk raya. Rasa terkilan waktu tu sebab mak tak dapat rasa masakan nenek lagi..tapi mak masih beruntung berbanding hari ni.
Waktu tu mak masih boleh tanya nenek macam2 untuk memasak. tapi hari ni mak sorang2 je masak tanpa suara nenek.

Ya Allah...rindunya mak pada arwah nenek. Pagi ni mak buka blog ni bukan nak bersedih macam ni. Mak nak bercerita pasal persiapan raya kita. raya kali ke 3 untuk Hannani. Tapi mak tak dapat nak tahan perasaan mak..sebab kerinduan mak pada nenek amat terasa. Nenek adalah mak yang terbaik untuk mak..tak ada galang gantinya..dia penasihat mak, kekuatan mak..penyeri hidup mak..dia segala2nya bagi mak. Ya Allah...

Mak tak dapat nak teruskan lagi. Nanti mak buat post lain untuk Hannani ya.

23/05/2013

Wira Kita

Gambar ketika hari perkahwinan mak & abah  27 Nov 2010

Anak-anak mak & abah...
ketahuilah bahawa sesungguhnya abah telah banyak berkorban untuk kita semua
tidak kira dari segi wang ringgit..masanya ataupun tenaganya
terlalu banyak yang abah lakukan untuk kita semua

Abah seorang yang sangat bertanggungjawab
dari mula perkenalan mak dengan abah ..sifat bertanggungjawab abah dah terserlah
arwah nenek juga menyokong pilihan mak disebabkan oleh sifat2 baik yang dimiliki oleh abah
bukan sikit..malah terlalu banyak yang abah telah berikan pada mak & keluarga.

Abah nampak ganas..hihi..
tapi dia seorang yang sangat pengasih
sewaktu mak bertarung nyawa untuk melahirkan Hannani abah bersengkang mata menjaga mak di hospital
bila mak menangis abah menyabarkan mak...
tapi di belakang mak abah akan menangis sedih melihat kesakitan yang ditanggung mak masa itu
bila mak marah abah sebab mak sakit..
abah diam sahaja..malah sanggup menjaga mak ketika sakit
abah tak pernah meninggalkan mak waktu mak sakit

Abah melayan Hannani dengan baik...
dari kecik abah sanggup berjaga malam untuk menjaga Hannani
pangku Hannani tidur sebab masa tu Hannani tak nak tidur atas tilam...mahu dipangku sahaja...
sampai tertidur duduk abah memangku Hannani. sedangkan esoknya abah perlu bangun awal untuk bekerja
abah mandikan Hannani..cebuk kencing berak Hannani..
masakkan mak walaupun abah sebenarnya tak tahu masak ^_^

Sekarang abah masih membantu kita :-)
Abah paling banyak membantu mak dalam urusan rumah tangga
Abah tolong mak kemas rumah..masak sama2 mak...sidai baju..basuh baju..
macam2 lagi yang abah buat untuk mak

Abah selalu bantu mak...
abah memahami mak yang kurang tenaga walaupun mak lebih besar dari abah :-)
abah tolong mak kejar Hannani yang lincah ke sana ke mari
abah tolong angkat kain baju jualan mak tanpa di suruh
abah sangat prihatin
dia akan bantu mak walaupun mak mampu untuk membuatnya

Abah terlalu risau bila mak atau Hannani sakit
sebolehnya abah akan jaga kita
abah selalu berhabis duit untuk beli makan pakai kita
kadang2 abah lupa untuk beli baju dia sendiri

Abah ada ketika kita senang & susah..
Abah bersama kita bila kita sedih & menangis...abah lebih gembira bila kita gembira
Banyak yang abah buat untuk kita sehingga mak tak mampu untuk menulis kesemuanya disini
banyak jasa abah pada kita
mak harap Hannani & adik2 nanti hormat pada abah..
sayangi abah lebih dari abah sayangi dirimu nak..
ABAH SANGAT BERHARGA UNTUK KITA

Mak tak tahu bagaimana hidup mak tanpa abah
Abahlah kekuatan mak
Mak sayang abah kerana ALLAH..
kerana sifat penyayang yang dimiliki abah
sifat tanggungjawab abah pada kita
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk abah..
murahkan rezeki abah serta Rahmati hidup abah & kita semua dunia & akhirat

21/05/2013

Perkembangan Hannani di usia 1 tahun 9 bulan

Assalamualaikum sayang...
Alhamdulillah Allah masih memberikan mak peluang & ruang untk tatapan Hannani di masa akan datang walaupun hari ini mak tidak berapa sihat..semoga ianya bermanfaat untukmu :-)


Diusia Hannani mencecah ke 1 tahun 9 bulan ini..
terserlah kebijaksanaanya
sudah mengenali banyak benda
pandai menyebut pelbagai perkataan

Setiap hari Hannani akan membantu mak mengambil air kosong mak di dalam bilik :-)
"Nani..ambilkan air jang mak:
dengan segera Hannani akan ke bilik & mengambil botol air kosong mak...kalau berat akan diseret botol itu..kalau ringan akan dijinjing.
Ya Allah..syukur sangat...Hannani dah boleh membantu mak di rumah :-)
Mak tak buli Hannani kan...hihi..

Owhh..."air jang" itu merupakan panggilan Hannani untuk air jarang..iaitu air kosong
Kalau Hannani nak minum air susu campur milo dia akan sebut "eeellloooo"
Sebutan disertakan dengan muncung mulutnya yang comel dengan kepala yang sengaja disengetkan gaya manja pada mak...haa...nak membodek mak la tu
Hihi..Hannani tak suka minum susu tepung yang kosong..dia akan minta untuk dicampurkan dengan milo.
Sukatan semestinya 1 sudu milo & 4 sudu susu utk sebotol air susu..Tak mahu kurang..lebih tak pe..hehe...kalau mak letak milo tu setengah sudu comfirm Hannani tak nak minum susu tu.


Selepas makan,
Hannani akan tolong mengangkat periuk nasi atau pinggan kosong ke dapur..
pandai ambil lap untuk mengelap kotoran di lantai...
kalau Hannani tertumpah air..dia akan cepat2 ambil lap & lap lantai tersebut.

Bila mak atau abah bersiap2 untuk keluar,
hannani akan ambilkan mak atau abah deodarant.
Dia tahu yang warna putih untuk mak & biru untuk abah :-)
Bila mak suruh ambil sikat..cepat2 dia pergi ambil sikat..bijak kan Hannani?
Mak tak pernah ajar satu2 benda tersebut..cuma bila mak siapkan Hannani mak akan cakap dengan dia..."Nani..sikat rambut dulu"..sambil bawa sikat untuk sikat rambut dia.

Hannani banyak belajar melalui pemerhatiannya...
contoh paling mudah bila dia boleh mengelap lantai yang kotor. Hannani selalu nampak, mak atau abah akan lap lantai yang kotor. Jadi, bila dia nampak lantai kotor atau ada air yang tumpah..cepat2 dia pergi ambil lap.
Begitu juga apabila Hannani pandai ambilkan deodarant untuk mak & abah.
Mak atau abah tak pernah bagitahu deodarant mana untuk mak atau abah. Tapi Hannani selalu perhatikan mak & abah bersiap..jadi dia tahu yang mana kepunyaan mak & abah.

Sekarang,
hannani berkemampuan untuk menyebut pelbagai perkataan berbanding sebelum ini :-)
Antaranya...
atuk..nenek..abah..maa (mak)..kakak...semua disebut dengan jelas 
selain cat, fish yang sememangnya sebelum ini dia dah tau sebut.
Sebutan lain yang tak berapa jelas 
seperti yoommm....(jom), sisi (susu), elllooo (milo), vivi (tv), bebey (bibir)
Bertambah bijak anak mak & abah ni :-)

Dari segi perlakuan fizikal..
Hannani pandai menyambut kepulangan abah dari kerja tau...bunyi aje kunci & pintu di buka Hannani akan cepat2 berlari ke pintu depan sambil menjerit "yea..yea...yea.." 
( sambil badan digoyangkan keatas & kebawah..tangan diangkat ke atas)
selagi abah tak dukung, selagi itulah Hannani akan akan tangan ke atas dekat abah minta didukung.
Bila abah dukung je terus dia peluk abah & tepuk2 belakang abah..comel sangat :-)

Hannani pandai ajak mak atau abah bermain..
"ceettt..ceett..." sambil angkat ibu jari & telunjuk minta mak & abah set dia.
"Faaaiir" itu minta give me five..hehe...
"eeenngggg...ennnggg...eeennngggg..." berlakon naik motor riuh mulut sambil berlari keluar masuk bilik ke ruang tamu. Bila abah belikan mainan stroller bersama doll dia sorong pulastroller bersama doll tu lari keluar masuk pula sambil mulut riuh bunyi "ngennngggg...enggg..enggg.." 
Hehe..lawak la Hannani ni

Alhamdulillah...
mak & abah bersyukur sangat Hannani dapat membesar dengan baik 
walaupun mempunyai tubuh badan yang halus sahaja. 
Mak & abah harap dengan minum susu formula + milo tu dapat la membantu menaikkan berat badan Hannani selain bergantung dengan susu badan sahaja. 
Maklum la..Hannani kan "suka..." sangat makan nasi.

Mak & abah doakan 
semoga Hannani membesar dengan sihat...
menjadi anak yang solehah...taat pada perintah Allah..hormat mak & abah..
semoga Hannani menjadi anak yang bijak..





21/04/2013

BERHABUK...

Lama dah mak xupdate blog ni...
Dah berhabuk dah..hihi..

Anak mak abah dah semakin besar sekarang...
Macam2 aksi terbaru dari Hannani sekarang..
mak je tak sempat nak update kat blog ni
Sibuk sungguh mak Hannani ni ye

Mak tak dapat nak tulis banyak hari ni..
Maaf ye sayang..
Kemas sikit habuk kat blog ni cukup la ye..hihi

Jom layan gambar Hannani joging depan rumah



Hehe..terjumpa gambar Hannani masa 6 bulan dulu
sangat tembam...geram!
Sekarang dah slim sikit
Hehe...macam mana tak slim..aktif sangat
Tengah malam pun xnak tidur lagi


04/04/2013

Hannani ohh... Hannani

Hannani...ohhhh...Hannani...
Duduk depan tv sambil menikmati calci yum

Sambil tu mak bagi dia tengok wonderpet
Okay...makan calci yum suap sendiri jg...
yela...orang dah besar kan..mana nak mak suap lagi kan

Mak pun terus buat kerja mak
Tiba-tiba...

"nyam...nyam..."
mak toleh Hannani di depan tv
hehe...dia suap wonderpet calci yum
sambil angkat sudu berisi calci yum ke depan tv
suruh wonderpet tu makan sama

Haha..haha...
pandai dia nak suap wonderpet ye


Dah besar dah anak mak & abah ni 
Semoga membesar menjadi anak yang solehah ye Nur Ain Hannani :-)

15/03/2013

Bijaknya Hannani

Bijaknya Hannani...
Suka tiru gaya apa yang orang buat kan? Kreatif sangat!

Buat sambal:
Ambil sebuah buku & hanphone mak. Masukkan bahan2 sambal ke atas buku (xde pun bahannya..imaginasi Hannani je). Kemudian, tumbuk bahan2 tadi menggunakan handphone mak. Tong...tong..tong...pastikan bahan2 semua hancur lumat ye. Hrmmm...sadis la tengok handphone mak atau abah bila kene jadi anak lesung. Apa boleh buat....

Buat kira-kira:
Iya..konon nak tiru mak buat akaun kedai la tu...padahal mak tak de pun kira macam tu tau..hihi..
Ambil sehelai kertas (tak kira kertas apa pun....janji kertas). Kemudian minta mak pen atau pensil sebatang. Duduk atas tikar sambi kira...
"stuuuuu...uwaaa...ga.." (yang ini bunyi sebutan satu..dua..tiga...versi Hannani ok..hehe..)
Haa...bila dah siap...kita conteng tikar pulak ye...sebab kertas dah tak seronok penuh dengan cakaran bulat2 & garisan comel2. Mak garu kepala jela...nak marah tak boleh..Hannani kan budak bijak :-)

Melukis:
Yang ni mak tak tahu mana Hannani tiru sebab sejak dah ada Hannani ni mak dah tak melukis lagi..huhuhu...
Mula2 tunjuk peti ais dekat mak. Minta sebiji coklat..mak dah bukakan plastiknya...bawa ke depan tv. Tengok mak mula buat kerja Hannani pun mula melukis di dinding dengan coklat yang mak bagi tadi. tarik ke kanan dan ke kiri...pusing ke atas dan ke bawah...
Baru setengah jalan melukis mak dah perasan..alahai...kantoi!!! Mak makan coklat Hannani...dah tak ada warna untuk Hannani lukis dinding lagi...haha...pandai mak Hannani kan???

Menari:
Teman mak tengok drama korea...sementara nak tunggu drama kedua iklan kat onetv ada lagu korea. Penyanyi tu angkat tangan kanan, Hannani angkat tangan kanan juga. Penyanyi angkat tangan kiri..dia pun tukar tangan kiri juga.. Okay...seiring gerakan tangan dia & penyanyi kat tv tu. Muka pun senyum je ikut sama menari...alahai anak mak abah ni...

Pakai bedak:
Mula.mula ambil botol air Hannani. Tuangkan sedikit air dalam botol itu ke lantai. Kemudian, gosok sedikit air dilantai menggunakan kedua-dua belah tangan. Setelah di gosok dalam 1 ke 2 minit, sapukan pada muka sendiri. Selepas itu, sapu pada muka mak & abah pula. Ulang langkah ke tiga sebanyak 3 atau 4 kali lagi.
Waaaa...nak nangis mak dibuatnya! Abah pula senyum kegirangan..kene pulak lepas Hannani sapu "bedak" dia kiss pipi abah sebagai upah jadi model dia. Pengsan abah! Suka sangat katanya...hehe..

Solat:
Yang ni part yang paling Hannani suka. Asal mak abah bentang sejadah nak solat je..Hannai akan naik atas sejadah dulu. Hobi dari dia kecik ni..cuma sekarang dah upgrade sikit. Solat sama2 mak & abah. Ikut je orang takbir..rukuk & sujud. Yang berbezanya cuma sujud dia saja...habis terbaring atas sejadah tu... Kalang kabut mak & abah nak cari tempat sujud. 

Bijaknya la anak mak abah ni. Semoga membesar menjadi anak yang solehah ya nak.

09/02/2013

Tingginya Nilai Seorang Muslimah


Assalamualaikum..
Nur Ain Hannani, puteri mak & abah...kami sentiasa doakan Hannani menjadi seorang anak yang solehah...punyai ciri2 muslimah yang sejati...In sha Allah..

Hari ini, mak nak berkongsi satu artikel yang mak baca dari I luv Islam tentang Muslimah :-)
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Hannani tahu tak, betapa besarnya nilai seorang muslimah ni dalam Islam? Tinggi martabat seorang muslimah ni sehinggakan diibaratkan bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Tahukah bahawa ibu itu seorang wanita...seorang muslimah? Ya Allah..besar sungguh nikmat yang Allah kurniakan ini :-)

Mak bersyukur menjadi seorang perempuan...begitu juga abah..bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan yang comel seperti Hannani :-) Sebab apa ye kami bersyukur sangat???

Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi

Suka tak menjadi seorang perempuan??? Tentulah kita suka kan? Sebab itu juga kita perlu sentiasa menjaga maruah diri kita untuk bapa & suami kita..serta anak2 lelaki & abang2 kita juga. Setiap dosa yang kita lakukan akan memberi kesan pada orang2 lelaki yang berdekatan dengan kita...Nauzubillah...moga dijauhkan.

Hannani, jom kita kongsikan betapa beruntungnya menjadi kaum muslimah ni:-


  • Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
  •  Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
  • Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
  • Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  •  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  •  'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
  • Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Seronok tak? Mestilah seronok...Allah berikan kita banyak keistimewaan menjadi seorang muslimah ni. Alhamdulillah :-) Jadi..apa lagi...jom kita didik diri kita menjadi seorang muslimah yang sejati..menjadi penawar hati kepada lelaki ajnabi.

05/02/2013

Selamat Hari Lahir Abah!!!!!




Tanggal 4 FEBRUARI 2013

Genaplah usia abah Hannani 27 tahun....

Alhamdulillah...mak & Hannani doakan semoga abah

 dipanjangkan umur..

dimurahkan rezeki..

dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk bekerja & beribadat kepada ALLAH.

Semoga Abah sentiasa diberkati & dilindungi olehNya.

             Mak & Hannani (",)