Waktu Solat

28/10/2013

Ragam Anak

Macam2 ragam anak solehah mak & abah ni...

Gambar ni diambil sehari sebelum Hannani kene selsema.

Waktu subuh...
Cantik je lepas azan subuh
Mak baru nak bentang sejadah anak solehah mak abah ni dah menangis 

Maaaaaakkkkkkkk......
Abaaaaahhhh...
Sambil turun katil jalan ke depan
Muka tu dah comel sangat la...dengan mata pejam jalan keluar bilik cari mak
Jalan pun terhuyung-hayang
Terus landing atas sejadah mak
Masih menangis lagi

Hannnani: "Abaaahhh???"
Mak: "Abah pergi masjid...solat."
Hannani: "Nak tengok wiwiiiiii"
sambil tangan tunjuk tv. Ok la...mak bukakan tv.
Mak pun sembahyang depan tv jg sebab umah dah banjir malam tadi
Air tak kering lagi kat tempat mak selalu solat.

Rutin harian Hannani bila bangun tidur memang mencari mak & abah.
Kadang-kadang tu dia jerit je atas katil panggil mak atau abah sampai mak datang.
Isshhh...geram mak. Terlebih manja ni!

Sementara mak solat, anak solehah mak ni diam duduk sebelah mak. 
Elok je mak bagi salam...
"Nak MELOOOOO..."
Mak: "Nani nak melo ke nak susu?"
Hannani: "Nak meloooo..."
Huwaaaa...dia start enjin lagi.
Mak pun berdoa diiringi tangisan Hannani

Lepas habis lipat sejadah & telekung mak pergi belakang nak buat milo utk Hannani. 
(Melo tu susu formula campur dengan milo khas untuk Hannani-budak yang tak mahu minum susu kosong. kalau susu formula yang coklat pun dia tak layan juga)
Enjin masih berbunyi sebab mak tinggalkan pergi belakang
Mak panggil tak mahu gerak..takut tengok kipas pusing-pusing abah pasang untuk keringkan lantai.

Milo dah siap..
Hannani ajak masuk bilik...
Naik katil mak bagi melo hisap sikit je
Pastu minta susu juga
Aduhaaaiiiii...anak mak ni
Bagi la hisap susu...3 kali sedut je mata dah layu.

Akhirnya..
lena la puteri kesayangan mak abah ni bila dapat hisap susu terbaik di dunia.
Milo yang mak buat tu pun masih penuh lagi...
Siang pasti akan dibuang milo tu..



Nota kaki:
  • Hannani masih menyusu badan lagi (2 tahun 2 bulan). Mak tak sampai hati tengok dia menangis nak susu. Bagi susu formula tu pun buat sedapkan dia. Tambahan pula Hannnani kurang makan..mak bagi susu formula supaya Hannani kenyang.
  • Rumah banjir- abah lupa tutup pili utama air ke tangki masa nak balik kampung hari Sabtu. Balik malam ahad habis penuh air dalam rumah. Pelampung untuk tangki tu dah rosak kot.
  • Hannani tak berapa sihat 2 3 hari ini. Hidung berair je..kene selsema dengan batuk sikit-sikit. Mata merah je..kesian anak mak abah ni. Mak abah doakan Hannani cepat sembuh & tak banyak meragam lagi ya sayang.

21/10/2013

NUR AIN HANNANI @ 2 TAHUN


Assalamualaikum cahaya mata kesayanganku...
Alhamdulillah anak dara mak & abah dah genap 2 tahun pada 20 Ogos 2013 yang lalu. Sekejap sahaja masa berlalu..mak rasa baru je lahirkan Hannani. Masih terasa tendangan-tendangan istimewa Hannani dalam perut mak. Hannani yang menemani emak 24 jam sehari, 7 hari seminggu.. Subhanallah...istimewanya saat-saat indah itu. Mak bersyukur kerana sehingga waktu ini Hannani masih menemani mak 24 jam sehari..jadi kawan mak dekat rumah. Assistant chef dekat dapur..setiausaha mak dekat ofis..hehe..

Kek hari jadi Hannani
Nur Ain Hannani penawar suka duka mak & abah...
Anak yang sangat cergas, manja & bijak ini banyak ragamnya. Pandai berceloteh..iyalah bila dah pandai cakap ni macam-macam la soalan dia. Mak dah boleh agak dah..dulu mak selalu cakap dengan abah, "nanti Hannani bila dah pandai cakap mesti riuh mulut dia kan?" Hehe...

Sempena hari jadi Hannani yang ke 2 tahun mak abah bawa Hannani jalan2 di JJ.
Dah main dekat sini tak nak balik dah pulak..haru je.

Sekarang bangun tidur je terus tanya abah. Dah pandai berborak..tapi tidak dapat membina ayat lagi. Jenuh la mak dengan abah nak faham apa yang dia borakkan. Nanti kalau tak layan dia marah.

Perbualan rutin mak dengan Hannnani:
Hannnani: " Abahhh???"
Mak: "Abah pergi kerja"
Hannani: "Keje?? majid???"
Mak: "Iya...abah pergi kerja dekat masjid"
Hannani: "Abah...majid??"
Mak: "Iya..abah pergi masjid..."
Hannani: "Nak colat?"
Mak: "Iya..abah pergi masjid nak solat"
Hannani: "Abah majid colat"

Mendera si Pinky sambil ambil gambar mak.
Pinky ni hadiah hari jadi Hannnani daripada mak & abah. Hannani  suka main dengan Pinky ni..malahan dia juga suka duduk atas Pinky 


Menginjak ke usia 2 tahun ini...
 Hannani telah petah menyebut huruf2 hijaiyah & abc.
Sambil bermain Hannani akan menghafal alif hingga ya ataupun a hingga z. Susunan huruf dah betul...cuma kadang2 dia tak mula baca dari awal. Ikut dan dia je nak mula dari mana...lagi2 kalau abc. Hehe...

Paling kelakar bila Hannani sebut lam alif atau alif
Sebutan Hannani akan berubah menjadi "habes". Puas mak & abah betulkan masih tak betul lagi. Huruf2 hijaiyah yang lain alhamdulillah Hannani boeleh sebut dengan baik.
Kalau abc, huruf x akan di sebut "ssss"
In sha Allah sebutannya boleh dibetulkan lagi :-)

Okey, apa lagi ya???
Hrmmm...Hannani dah boleh pakai seluar sendiri sekarang.
Pandai kemas mainan sendiri..tapi tengok mood dia juga la. Hehe...
Pandai pakai kasut sendiri...pandai serba serbi la..senang dah kalau nak keluar. Mak abah bagi arahan je..hehe...

Bergambar bersama Pinky & cermin mata kesayangannya..siap buat peace lagi.
Gaya kesukaan dia sekarang ni :-)

Mak abah harap
Hannani membesar menjadi anak yang solehah...
mendengar kata mak abah
tak mau degil2 tau....kalau degil tu yang mak atau abah marah.
Kalau Hannnai buat salah mak abah kene tegur masa tu juga..bukan apa takut Hannani terbiasa buat perangai macam tu. 
Marah mak abah tu untuk mendidik Hannani menjadi muslimah yang baik.
mak abah harap Hannani faham...marah itu tandanya sayang tau :-)