Waktu Solat

09/02/2013

Tingginya Nilai Seorang Muslimah


Assalamualaikum..
Nur Ain Hannani, puteri mak & abah...kami sentiasa doakan Hannani menjadi seorang anak yang solehah...punyai ciri2 muslimah yang sejati...In sha Allah..

Hari ini, mak nak berkongsi satu artikel yang mak baca dari I luv Islam tentang Muslimah :-)
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Hannani tahu tak, betapa besarnya nilai seorang muslimah ni dalam Islam? Tinggi martabat seorang muslimah ni sehinggakan diibaratkan bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Tahukah bahawa ibu itu seorang wanita...seorang muslimah? Ya Allah..besar sungguh nikmat yang Allah kurniakan ini :-)

Mak bersyukur menjadi seorang perempuan...begitu juga abah..bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan yang comel seperti Hannani :-) Sebab apa ye kami bersyukur sangat???

Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi

Suka tak menjadi seorang perempuan??? Tentulah kita suka kan? Sebab itu juga kita perlu sentiasa menjaga maruah diri kita untuk bapa & suami kita..serta anak2 lelaki & abang2 kita juga. Setiap dosa yang kita lakukan akan memberi kesan pada orang2 lelaki yang berdekatan dengan kita...Nauzubillah...moga dijauhkan.

Hannani, jom kita kongsikan betapa beruntungnya menjadi kaum muslimah ni:-


  • Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
  •  Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
  • Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
  • Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  •  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  •  'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
  • Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Seronok tak? Mestilah seronok...Allah berikan kita banyak keistimewaan menjadi seorang muslimah ni. Alhamdulillah :-) Jadi..apa lagi...jom kita didik diri kita menjadi seorang muslimah yang sejati..menjadi penawar hati kepada lelaki ajnabi.

05/02/2013

Selamat Hari Lahir Abah!!!!!




Tanggal 4 FEBRUARI 2013

Genaplah usia abah Hannani 27 tahun....

Alhamdulillah...mak & Hannani doakan semoga abah

 dipanjangkan umur..

dimurahkan rezeki..

dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk bekerja & beribadat kepada ALLAH.

Semoga Abah sentiasa diberkati & dilindungi olehNya.

             Mak & Hannani (",)

29/12/2012

Menutup Tirai 2012

Assalamualaikum anak mak abah :-)

Akhirnya mak berpeluang juga untuk membuka blog ini..hihi..setelah berbulan lamanya ditinggalkan sepi..pagi ni mak kene taip laju2 sebelum Hannani bangun dari lenanya.

Pertama sekali, mak nak cerita perkembangan Hannani ^__^
Sekarang usia Hannani dah mencapai 1 tahun 4 bulan.. Macam-macam yang Hannani pandai buat. Hannani dah pandai sebut "abah", emak jadi "ma", itu "tu..tuuu.." dengan mulut jadi bentuk bulat..hihi..kelakar la anak mak abah ni. Fish jadi "fisshhhh"...susu jadi "tutu". Hehe..selebihnya hanya Hannani sahaja yang faham apa dia cakap. 

Selain itu, Hannani rajin belajar sebut A B C.."aaaaaaaaaa....b...ciiii.....". Suka ambil pen mak & kertas tulis a b c kononnya...lepas tu tunjuk dekat mak sambil sebut "aaaaaaa..." Rajin anak mak abah ni belajar. Hannani suka tunjuk sesuatu & tanya mak abah apa tu..mulutnya riuh bertanya macam-macam..kadang-kadang mak abah pun tak faham apa yang dia tanya.

Bila nak makan, Hannani akan tarik tangan mak tunjuk tupperware biskut. Kalau mak tak nak ambilkan, dia bawa tupperware tu pada mak..sweet sangat bila mak dapat buli Hannani :-) Bila makan nasi pula, Hannani akan buka mulut dia tepi pinggan "ngaaa..." nak minta mak abah suap dia makan. Comel kan? Hannani suka makan sup tau...nasi sup ke...bihun sup ke..sama macam mak ^__^

Kalau Hannani dah mengantuk, dia akan tarik tangan mak atau abah ajak masuk bilik nak tidur sambil tunggu mak abah depan pintu bilik. Lagi best...Hannani suka berangan konon-konon dia nak pergi kerja ke sekolah mak tak tahu la...hehe... Jumpa je beg plastik ke..beg kertas Hannani jinjing kat tangan. Lepas itu, dia akan salam cium tangan & pipi mak abah & lambai sambil jalan ke pintu depan. Hahaha..kelakar kadang-kadang mak tengok :-)

Hannani makin aktif sekarang ni..pandai panjat sana sini. Panjat kerusi depan meja komputer sambil pegang mouse, konon-kononnya tiru gaya mak selalu menghadap komputer la tu :-p Hrmmm...kalau jumpa cermin siap la. Mula la dia tersenyum-senyum depan cermin sambil bergaya. Hehe... Haaa...lagi satu, Hannani pandai pakai seluar atau kain sendiri..sampaikan tudung pun dia nak sarung dekat kaki juga..hahaha...

Sejak Hannani mencecah umur 1 tahun 2 bulan, Hannani suka sangat ikut mak abah solat. Bila mak abah bentang sejadah, dia akan naik dulu atas sejadah tiru gaya orang solat. Hannani pandai angkat takbir..rukuk & sujud. Tapi yang kelakarnya, solat tiap-tiap waktu cuma 2 rakaat je..hihii... Selain itu, Hannani pandai baca doa (",) tau. Tapi bahasa doanya hanya dia yang faham seorang..yang mak abah dengar cuma "pssttt..psssttt..psssstttt..." Bila mak bawa makanan je Hannani dah tadah tangan baca doa..tahu la dia dah sampai waktu untuk dia makan tu. Comel sangat!

Alhamdulillah..mak abah bersyukur sangat melihat perkembangan Hannani yang semakin lincah & bijak tu. Mak abah harap Hannani akan membesar menjadi anak yang solehah...cemerlang dunia & akhirat :-)

Perkembangan keluarga kita pula, 
In sha Allah mak abah bercadang nak membesarkan lagi perniagaan LAMAN MUSLIMAH kita :-) Hujung tahun ni mak sibuk dengan Year End Sale utk Laman Muslimah. Itu yang banyak tertinggal bas nak update perkembangan Hannani dekat sini.

Okay, mak nak kelaur pergi pasar ni. 
SELAMAT TINGGAL 2012
SELAMAT DATANG 2013!!!

Semoga kita semua lebih maju ke hadapan & tak lupa pada suruhan & larangan Allah...masih kukuh & teguh berpegang pada Quran & Sunnah in sha Allah.

With Love:
Abah, Mak & Hannani


20/10/2012

Nur Ain Hannani 1 tahun sebulan

Assalamualaikum sayang...

Agak lama mak tidak menulis di blog ini. Kebelakangan ini mak agak sibuk dengan urusan perniagaan..banyak masa dihabiskan mencari idea untuk mengembangkan perniagaan kita ini. Mak juga makin sibuk dengan Hannani sekarang ni. Maklumlah...Hannani juga semakin membesar..bertambah bijak serta punya pelbagai keletah & aksi yang ditunjukkan pada mak & abah. Hehe...

Alhamdulillah..kini Hannani sudah pandai makan tidak seperti dulu lagi. Mak abah pun turut rasa lega..sekarang Hannani dah pandai minta makan sendiri bila lapar. Habis semua tupperware dia punggah cari makanan & bawa pada mak. Comel sangat!
Kadang-kadang tu, bila Hannani tengok mak & abah makan..dia akan datang dekat mak atau abah sambil buka mulut luas2..."aaaaaa"...tu bunyi Hannani minta disuap..hehe..bijak sangat anak mak & abah ni. 

Selalunya Hannani suka main sorang2...dia ambil sudu, pinggan atau tupperware kat rak di dapur & bawa ke depan tv. Selepas tu, Hannani akan buat gaya seperti orang makan..sudu pinggan kosong & suap dalam mulut sendiri..hehe..kelakar mak & abah tengok. Bila dah bosan suap mulut sendiri, Hannani akan suap mak & abah pulak..macam tu la Hannani main selalu.

Kadang-kadang tu mak geram juga sebab Hannani suka 'kemas' rumah..letih mak nak kemas balik pinggan mangkuk sudu semua yang Hannani bawa dari dapur. Kadang-kadang tu bukan pinggan mangkuk & sudu je..habis rempah ratus mak..santan kotak di bawa ke depan tv juga. Alahai anak dara mak abah ni....memang rajin sungguh dia menolong mak kat rumah ni ^__^

Haaa...
Terkini Hannani dah pandai membaca doa versi Hannani.
Dengan gayanya yang tersendiri..Hannani akan tadah tangan sambil mulut terkumat kamit baca doa. Geram je mak tengok. 
Bila mak suruh baca doa sebelum makan..Hannani akan tadah tangan sambil kumat kamit mulut comel dia tu baru menganga luas2 minta mak suap. Kadang2 Hannani terkam je..sebab tu mak selalu tegur Hannani untuk baca doa dulu sebelum makan.

Apa yang mak nampak, Hannani akan ikut apa jua yang mak & abah buat...
Besar tanggungjawab mak abah dalam mendidik Hannani & juga adik2nya yang lain nanti.
Hannani selalu ikut apa yang mak abah buat. Bila mak abah solat..Hannani akan solat sama..bila baca doa..Hannani pun baca doa sama. Paling Hannani suka bila mak abah berzikir..Hannani pun ikut sama berzikir sambil goyang2 badan kecilnya. Subhanallah..bijak sungguh anak kecil ini.

Itulah Hannani bila dah menjangkau usia setahun 2 bulan ni memang macam-macam kisah dia. Mak abah bersyukur sangat Hannani dapat membesar dengan sihat & cerdik.
Mak & abah sentiasa berdoa supaya Hannani dapat membesar dengan sihat, cerdik serta menjadi insan yang berguna kepada agama & keluarga.


p/s: Nantikan gambar2 Hannani di taman permainan tak lama lagi..dah banyak koleksi gambar2 Hannani di taman permainan. cuma mak tak sempat nak upload je lagi.

21/09/2012

Sepagi di Taman Permainan

Hannani tunjuk apa tu?

Sukanya Hannani bila dapat ke taman permainan pagi ni :-)
Hati tetap gembira walaupun xmandi lagi..
dengan baju tidurnya..tak pakai selipar pulak tu.
Hehe...

Mula-mula takut naik gelongsor..lama-lama suka pulak ye. hehe...

BETAPA BERHARGANYA
 masa yang dapat Hannani, mak & abah luangkan bersama-sama di luar kan?
Kadang-kadang kita keluar ke taman permainan sekejap sahaja..
Tetapi keseronokan Hannani berganda-ganda
Suka mak abah tengok Hannani gembira.

Semua dia belek.
Hannani kira lubang lantai ni ye..
Agak-agak dapat jalan ke taman lagi tak minggu depan ye??



















Nanti mak sambung lagi ye.. ^__^
Hannani memang suka beriadah..sebab jarang-jarang mak bawa dia keluar rumah.
Kalau dapat keluar tu...sukanya bukan main.
Semua tempat dia nak jelajah kan.

p/s: hehe..pergi taman permainan ni minggu lepas. Lama dah duduk dalam draf baru mak dapat upload gambar hari ni :-)

13/09/2012

Makanan & Hannani

MAKANAN???

MACAM MANA NAK MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK???

YA ALLAH...susahnya hati mak & abah melihat badan Hannani yang semakin susut sekarang ni.

Ada orang cakap mungkin Hannani semakin aktif semenjak pandai berjalan ni.
Iya...mungkin Hannani semakin aktif..tapi Hannani juga tiada selera untuk makan. Mak abah risau..semenjak Hannani berusia 6 bulan memang dia tak minat untuk makan makanan lembut-lembut macam nestum atau bubur. Dia cuma layan biskut je.

Tapi semenjak meningkat ke usia setahun ni badannya semakin susut. Penat mak abah ikhtiar nak cari makanan apa yang Hannani nak makan. Sibuk mak abah tanya kat orang lain macam mana nak bagi selera makan Hannani bertambah. Macam-macam mak abah dah cuba.

Hari ni mak ikut la cadangan dari abah supaya google kat internet. Hehe..apa la mak ni..zaman dah maju kan? Nape la dari dulu mak tak tengok internet je cari maklumat ni. Hehe..itu la manusia..kadang-kadang lupa..bukan tak menghargai teknologi tau :-)



Kat sini mak nak kongsikan apa yang mak dapat hari ni. Tapi mak tak cuba lagi untuk Hannani. Nanti kalau berjaya mak tuliskan dalam entry yang seterusnya :-)

Pertama:
Ibubapa punca anak kurang makan ( huh..salah mak ke ni???)
Hehe..baca dulu baru tau apa..
Dari sini mak dapat beberapa info:

  • Ibu bapa tak perlu memaksa anak untuk makan dalam jumlah yang banyak & sentiasa sabar dalam melayan kerenah anak semasa makan
  • Memilih makanan yang sihat & berkhasiat
  • Mempelbagaikan jenis makanan & kurangkan gangguan ketika makan supaya waktu makan menjadi kesempatan untuk mereka belajar.
Kedua:
Yang ni unik sikit..cara traditional. Kalau abah kata ok mak boleh cuba. Hehe..
Caranya ialah mandikan anak dengan air ramasan daun kucai pada waktu petang menjelang maghrib. Katanya, insyaAllah anak akan ada selera makan yang banyak dengan nasi. Macam best je kan???

Yang ni lebih kurang caranya dengan daun kucai tadi. Cuma yang ni petua menggunakan serai yang di potong halus.

Ketiga:
Infonya:
  • Warna pinggan & makanan yang pelbagi di dalam pinggan mempengaruhi selera makan anak
  • Kanak-kanak lebih mudah tertarik dengan bentuk, ukuran & visual pada makanan yang dihidang
Keempat:
Antara infonya:
  • Sediakan hidangan menarik berwarna warni
  • Pelbagaikan resepi & hidangan
  • Kreatif dalam masakan
  • Sediakan hidangan dalam bentuk yang sesuai
  • Makan di ruang makan
  • Elakkan makanan terlampau panas
  • Hidangkan buah-buahan dengan cara yang menarik
Alhamdulillah...mak dah dapat ilmu yang berguna untuk menaikkan selera makan Hannani petang ni. Harap-harap la Hannani suka dengana apa yang mak sediakan selepas ni ye. InsyaAllah..mak abah doa banyak-banyak supaya anak mak abah ni dpat membesar dengan sihat & menjadi anak yang cerdik.


Komputer Mati Sendiri????

MISTERI...

Kenapa komputer ni mati sendiri???
Tak ada bekalan elektrik ke????
Aikkkk...tv dan kipas hidup masih berfungsi seperti biasa.

Sekali tengok ke bawah....
Ya ALLAH...bijaknya anak mak abah ni!!!

Hannani tengah sibuk menekan-nekan CPU rupanya...mesti dia dah tekan butang shut down dekat CPU tu.. Itu la sebab kenapa mak punya komputer mati tiba-tiba. Cerdiknya la Hannani ni ye. Boleh pulak dia shut down komputer yang mak tengah guna ni.

Hannani minat dengan komputer ni ke atau Hannani nak tarik perhatian mak supaya main dengan dia ni?? Hehe..jom sdayang..kita main sama2 ^__^