Waktu Solat

21/04/2013

BERHABUK...

Lama dah mak xupdate blog ni...
Dah berhabuk dah..hihi..

Anak mak abah dah semakin besar sekarang...
Macam2 aksi terbaru dari Hannani sekarang..
mak je tak sempat nak update kat blog ni
Sibuk sungguh mak Hannani ni ye

Mak tak dapat nak tulis banyak hari ni..
Maaf ye sayang..
Kemas sikit habuk kat blog ni cukup la ye..hihi

Jom layan gambar Hannani joging depan rumah



Hehe..terjumpa gambar Hannani masa 6 bulan dulu
sangat tembam...geram!
Sekarang dah slim sikit
Hehe...macam mana tak slim..aktif sangat
Tengah malam pun xnak tidur lagi


04/04/2013

Hannani ohh... Hannani

Hannani...ohhhh...Hannani...
Duduk depan tv sambil menikmati calci yum

Sambil tu mak bagi dia tengok wonderpet
Okay...makan calci yum suap sendiri jg...
yela...orang dah besar kan..mana nak mak suap lagi kan

Mak pun terus buat kerja mak
Tiba-tiba...

"nyam...nyam..."
mak toleh Hannani di depan tv
hehe...dia suap wonderpet calci yum
sambil angkat sudu berisi calci yum ke depan tv
suruh wonderpet tu makan sama

Haha..haha...
pandai dia nak suap wonderpet ye


Dah besar dah anak mak & abah ni 
Semoga membesar menjadi anak yang solehah ye Nur Ain Hannani :-)

15/03/2013

Bijaknya Hannani

Bijaknya Hannani...
Suka tiru gaya apa yang orang buat kan? Kreatif sangat!

Buat sambal:
Ambil sebuah buku & hanphone mak. Masukkan bahan2 sambal ke atas buku (xde pun bahannya..imaginasi Hannani je). Kemudian, tumbuk bahan2 tadi menggunakan handphone mak. Tong...tong..tong...pastikan bahan2 semua hancur lumat ye. Hrmmm...sadis la tengok handphone mak atau abah bila kene jadi anak lesung. Apa boleh buat....

Buat kira-kira:
Iya..konon nak tiru mak buat akaun kedai la tu...padahal mak tak de pun kira macam tu tau..hihi..
Ambil sehelai kertas (tak kira kertas apa pun....janji kertas). Kemudian minta mak pen atau pensil sebatang. Duduk atas tikar sambi kira...
"stuuuuu...uwaaa...ga.." (yang ini bunyi sebutan satu..dua..tiga...versi Hannani ok..hehe..)
Haa...bila dah siap...kita conteng tikar pulak ye...sebab kertas dah tak seronok penuh dengan cakaran bulat2 & garisan comel2. Mak garu kepala jela...nak marah tak boleh..Hannani kan budak bijak :-)

Melukis:
Yang ni mak tak tahu mana Hannani tiru sebab sejak dah ada Hannani ni mak dah tak melukis lagi..huhuhu...
Mula2 tunjuk peti ais dekat mak. Minta sebiji coklat..mak dah bukakan plastiknya...bawa ke depan tv. Tengok mak mula buat kerja Hannani pun mula melukis di dinding dengan coklat yang mak bagi tadi. tarik ke kanan dan ke kiri...pusing ke atas dan ke bawah...
Baru setengah jalan melukis mak dah perasan..alahai...kantoi!!! Mak makan coklat Hannani...dah tak ada warna untuk Hannani lukis dinding lagi...haha...pandai mak Hannani kan???

Menari:
Teman mak tengok drama korea...sementara nak tunggu drama kedua iklan kat onetv ada lagu korea. Penyanyi tu angkat tangan kanan, Hannani angkat tangan kanan juga. Penyanyi angkat tangan kiri..dia pun tukar tangan kiri juga.. Okay...seiring gerakan tangan dia & penyanyi kat tv tu. Muka pun senyum je ikut sama menari...alahai anak mak abah ni...

Pakai bedak:
Mula.mula ambil botol air Hannani. Tuangkan sedikit air dalam botol itu ke lantai. Kemudian, gosok sedikit air dilantai menggunakan kedua-dua belah tangan. Setelah di gosok dalam 1 ke 2 minit, sapukan pada muka sendiri. Selepas itu, sapu pada muka mak & abah pula. Ulang langkah ke tiga sebanyak 3 atau 4 kali lagi.
Waaaa...nak nangis mak dibuatnya! Abah pula senyum kegirangan..kene pulak lepas Hannani sapu "bedak" dia kiss pipi abah sebagai upah jadi model dia. Pengsan abah! Suka sangat katanya...hehe..

Solat:
Yang ni part yang paling Hannani suka. Asal mak abah bentang sejadah nak solat je..Hannai akan naik atas sejadah dulu. Hobi dari dia kecik ni..cuma sekarang dah upgrade sikit. Solat sama2 mak & abah. Ikut je orang takbir..rukuk & sujud. Yang berbezanya cuma sujud dia saja...habis terbaring atas sejadah tu... Kalang kabut mak & abah nak cari tempat sujud. 

Bijaknya la anak mak abah ni. Semoga membesar menjadi anak yang solehah ya nak.

09/02/2013

Tingginya Nilai Seorang Muslimah


Assalamualaikum..
Nur Ain Hannani, puteri mak & abah...kami sentiasa doakan Hannani menjadi seorang anak yang solehah...punyai ciri2 muslimah yang sejati...In sha Allah..

Hari ini, mak nak berkongsi satu artikel yang mak baca dari I luv Islam tentang Muslimah :-)
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Hannani tahu tak, betapa besarnya nilai seorang muslimah ni dalam Islam? Tinggi martabat seorang muslimah ni sehinggakan diibaratkan bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Tahukah bahawa ibu itu seorang wanita...seorang muslimah? Ya Allah..besar sungguh nikmat yang Allah kurniakan ini :-)

Mak bersyukur menjadi seorang perempuan...begitu juga abah..bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan yang comel seperti Hannani :-) Sebab apa ye kami bersyukur sangat???

Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi

Suka tak menjadi seorang perempuan??? Tentulah kita suka kan? Sebab itu juga kita perlu sentiasa menjaga maruah diri kita untuk bapa & suami kita..serta anak2 lelaki & abang2 kita juga. Setiap dosa yang kita lakukan akan memberi kesan pada orang2 lelaki yang berdekatan dengan kita...Nauzubillah...moga dijauhkan.

Hannani, jom kita kongsikan betapa beruntungnya menjadi kaum muslimah ni:-


  • Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
  •  Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
  • Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
  • Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  •  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  •  'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
  • Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Seronok tak? Mestilah seronok...Allah berikan kita banyak keistimewaan menjadi seorang muslimah ni. Alhamdulillah :-) Jadi..apa lagi...jom kita didik diri kita menjadi seorang muslimah yang sejati..menjadi penawar hati kepada lelaki ajnabi.

05/02/2013

Selamat Hari Lahir Abah!!!!!




Tanggal 4 FEBRUARI 2013

Genaplah usia abah Hannani 27 tahun....

Alhamdulillah...mak & Hannani doakan semoga abah

 dipanjangkan umur..

dimurahkan rezeki..

dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk bekerja & beribadat kepada ALLAH.

Semoga Abah sentiasa diberkati & dilindungi olehNya.

             Mak & Hannani (",)

29/12/2012

Menutup Tirai 2012

Assalamualaikum anak mak abah :-)

Akhirnya mak berpeluang juga untuk membuka blog ini..hihi..setelah berbulan lamanya ditinggalkan sepi..pagi ni mak kene taip laju2 sebelum Hannani bangun dari lenanya.

Pertama sekali, mak nak cerita perkembangan Hannani ^__^
Sekarang usia Hannani dah mencapai 1 tahun 4 bulan.. Macam-macam yang Hannani pandai buat. Hannani dah pandai sebut "abah", emak jadi "ma", itu "tu..tuuu.." dengan mulut jadi bentuk bulat..hihi..kelakar la anak mak abah ni. Fish jadi "fisshhhh"...susu jadi "tutu". Hehe..selebihnya hanya Hannani sahaja yang faham apa dia cakap. 

Selain itu, Hannani rajin belajar sebut A B C.."aaaaaaaaaa....b...ciiii.....". Suka ambil pen mak & kertas tulis a b c kononnya...lepas tu tunjuk dekat mak sambil sebut "aaaaaaa..." Rajin anak mak abah ni belajar. Hannani suka tunjuk sesuatu & tanya mak abah apa tu..mulutnya riuh bertanya macam-macam..kadang-kadang mak abah pun tak faham apa yang dia tanya.

Bila nak makan, Hannani akan tarik tangan mak tunjuk tupperware biskut. Kalau mak tak nak ambilkan, dia bawa tupperware tu pada mak..sweet sangat bila mak dapat buli Hannani :-) Bila makan nasi pula, Hannani akan buka mulut dia tepi pinggan "ngaaa..." nak minta mak abah suap dia makan. Comel kan? Hannani suka makan sup tau...nasi sup ke...bihun sup ke..sama macam mak ^__^

Kalau Hannani dah mengantuk, dia akan tarik tangan mak atau abah ajak masuk bilik nak tidur sambil tunggu mak abah depan pintu bilik. Lagi best...Hannani suka berangan konon-konon dia nak pergi kerja ke sekolah mak tak tahu la...hehe... Jumpa je beg plastik ke..beg kertas Hannani jinjing kat tangan. Lepas itu, dia akan salam cium tangan & pipi mak abah & lambai sambil jalan ke pintu depan. Hahaha..kelakar kadang-kadang mak tengok :-)

Hannani makin aktif sekarang ni..pandai panjat sana sini. Panjat kerusi depan meja komputer sambil pegang mouse, konon-kononnya tiru gaya mak selalu menghadap komputer la tu :-p Hrmmm...kalau jumpa cermin siap la. Mula la dia tersenyum-senyum depan cermin sambil bergaya. Hehe... Haaa...lagi satu, Hannani pandai pakai seluar atau kain sendiri..sampaikan tudung pun dia nak sarung dekat kaki juga..hahaha...

Sejak Hannani mencecah umur 1 tahun 2 bulan, Hannani suka sangat ikut mak abah solat. Bila mak abah bentang sejadah, dia akan naik dulu atas sejadah tiru gaya orang solat. Hannani pandai angkat takbir..rukuk & sujud. Tapi yang kelakarnya, solat tiap-tiap waktu cuma 2 rakaat je..hihii... Selain itu, Hannani pandai baca doa (",) tau. Tapi bahasa doanya hanya dia yang faham seorang..yang mak abah dengar cuma "pssttt..psssttt..psssstttt..." Bila mak bawa makanan je Hannani dah tadah tangan baca doa..tahu la dia dah sampai waktu untuk dia makan tu. Comel sangat!

Alhamdulillah..mak abah bersyukur sangat melihat perkembangan Hannani yang semakin lincah & bijak tu. Mak abah harap Hannani akan membesar menjadi anak yang solehah...cemerlang dunia & akhirat :-)

Perkembangan keluarga kita pula, 
In sha Allah mak abah bercadang nak membesarkan lagi perniagaan LAMAN MUSLIMAH kita :-) Hujung tahun ni mak sibuk dengan Year End Sale utk Laman Muslimah. Itu yang banyak tertinggal bas nak update perkembangan Hannani dekat sini.

Okay, mak nak kelaur pergi pasar ni. 
SELAMAT TINGGAL 2012
SELAMAT DATANG 2013!!!

Semoga kita semua lebih maju ke hadapan & tak lupa pada suruhan & larangan Allah...masih kukuh & teguh berpegang pada Quran & Sunnah in sha Allah.

With Love:
Abah, Mak & Hannani


20/10/2012

Nur Ain Hannani 1 tahun sebulan

Assalamualaikum sayang...

Agak lama mak tidak menulis di blog ini. Kebelakangan ini mak agak sibuk dengan urusan perniagaan..banyak masa dihabiskan mencari idea untuk mengembangkan perniagaan kita ini. Mak juga makin sibuk dengan Hannani sekarang ni. Maklumlah...Hannani juga semakin membesar..bertambah bijak serta punya pelbagai keletah & aksi yang ditunjukkan pada mak & abah. Hehe...

Alhamdulillah..kini Hannani sudah pandai makan tidak seperti dulu lagi. Mak abah pun turut rasa lega..sekarang Hannani dah pandai minta makan sendiri bila lapar. Habis semua tupperware dia punggah cari makanan & bawa pada mak. Comel sangat!
Kadang-kadang tu, bila Hannani tengok mak & abah makan..dia akan datang dekat mak atau abah sambil buka mulut luas2..."aaaaaa"...tu bunyi Hannani minta disuap..hehe..bijak sangat anak mak & abah ni. 

Selalunya Hannani suka main sorang2...dia ambil sudu, pinggan atau tupperware kat rak di dapur & bawa ke depan tv. Selepas tu, Hannani akan buat gaya seperti orang makan..sudu pinggan kosong & suap dalam mulut sendiri..hehe..kelakar mak & abah tengok. Bila dah bosan suap mulut sendiri, Hannani akan suap mak & abah pulak..macam tu la Hannani main selalu.

Kadang-kadang tu mak geram juga sebab Hannani suka 'kemas' rumah..letih mak nak kemas balik pinggan mangkuk sudu semua yang Hannani bawa dari dapur. Kadang-kadang tu bukan pinggan mangkuk & sudu je..habis rempah ratus mak..santan kotak di bawa ke depan tv juga. Alahai anak dara mak abah ni....memang rajin sungguh dia menolong mak kat rumah ni ^__^

Haaa...
Terkini Hannani dah pandai membaca doa versi Hannani.
Dengan gayanya yang tersendiri..Hannani akan tadah tangan sambil mulut terkumat kamit baca doa. Geram je mak tengok. 
Bila mak suruh baca doa sebelum makan..Hannani akan tadah tangan sambil kumat kamit mulut comel dia tu baru menganga luas2 minta mak suap. Kadang2 Hannani terkam je..sebab tu mak selalu tegur Hannani untuk baca doa dulu sebelum makan.

Apa yang mak nampak, Hannani akan ikut apa jua yang mak & abah buat...
Besar tanggungjawab mak abah dalam mendidik Hannani & juga adik2nya yang lain nanti.
Hannani selalu ikut apa yang mak abah buat. Bila mak abah solat..Hannani akan solat sama..bila baca doa..Hannani pun baca doa sama. Paling Hannani suka bila mak abah berzikir..Hannani pun ikut sama berzikir sambil goyang2 badan kecilnya. Subhanallah..bijak sungguh anak kecil ini.

Itulah Hannani bila dah menjangkau usia setahun 2 bulan ni memang macam-macam kisah dia. Mak abah bersyukur sangat Hannani dapat membesar dengan sihat & cerdik.
Mak & abah sentiasa berdoa supaya Hannani dapat membesar dengan sihat, cerdik serta menjadi insan yang berguna kepada agama & keluarga.


p/s: Nantikan gambar2 Hannani di taman permainan tak lama lagi..dah banyak koleksi gambar2 Hannani di taman permainan. cuma mak tak sempat nak upload je lagi.