Minta maaf ye sayang..mak lambat update blog untuk anak mak abah ni. Sibuk sikit sepanjang bulan ni. Dah lama entry ni dududk dlm draf xsempat2 lagi mak nak sudahkan. Syukur..hari ini mak punya kesempatan untuk menyiapkan draf ni ^__^
Alhamdulillah..usia Hannani dah masuk 6 bulan pada 20/02/2012. Pelbagai ragam anak mak & abah ni..Ceria & aktif orangnya. Okay, kalau hari tu abah dh upload video Hannani merangkak & bermain, hari ini mak akan bercerita tentang perkembangan Hannani di usia 6 bulan ni.
1) Hannani yang kerap mencuit hati mak & abah ni sekarang dah pandai merangkak. Kalau bulan lepas Hannani merangkak versi ulat beluncas, sekarang Hannani dah merangkak dengan laju. Takde versi ulat beluncas lagi. Alhamdulillah...syukur sangat2. Habis satu rumah Hannani dah jelajah. Bukan itu saja tau..Hannani juga pandai mengemas. Habis lipatan baju mak Hannani kemas kan? Cerdik anak mak & abah ni.
2) Selain itu, Hannani dah pandai duduk sekarang. Comel sangat gaya duduk dia.. Senget2 badan dia duduk.. Penat merangkak Hannani akan duduk pula. Alhamdulillah...Hannani membesar dengan sihat. Mak & abah gembira melihat perkembangan Hannani. Cepat besar ye sayang..tak sabar mak & abah nak dengar Hannani bercakap pulak. Hehehe..
4) Hannani dah tumbuh gigi ^__^. Ada dua batang gigi bawah. Tapi Hannani xpandai makan lagi..hehe..anak mak seorang ni kelakar la. Alhamdulillah Hannani xmeragam tumbuh gigi ni. Xde demam cuma terlebih manja dengan mak je. Hehe...
5) Sekarang Hannai dah pandai memegang barang. Ambil mainan atau apa saja yang dia jumpa terus masuk mulut. Hrmm...mak suka Hannani dah pandai memegang..cuma mak tak suka kalau Hannani kutip benda2 kotor masuk dalam mulut. Tak mau ye sayang..ambil yang bersih sahaja ye.
6) Di usia 6 bulan ni Hannani masih menyusu badan..alhamdulillah rezeki untuk Hannani menyusu sentiasa ada. Semoga anak mak & abah dapat membesar dengan sihat. Terdidik menjadi anak yang solehah & taat pada mak & abah ye.
No comments:
Post a Comment