Waktu Solat

22/07/2012

Nur Ain Hannani 11 bulan

Assalamualaikum sayang...

Alhamdulillah..Hannani dah masuk 11 bulan 20 Julai 2012. Dah besar dah anak mak & abah ni..bulan depan dah setahun. Mak abah doakan semoga Hannani sihat & membesar menjadi anak yang solehah.

Okey..nak bercerita tentang perkembangan Hannani di usia 11 bulan ni ^__^

Jam 3.30 petang 8 Julai lepas, mak & abah dapat menyaksikan Hannani berjalan. Teruja mak & abah tengok Hannani menapak..walaupun cuma 5 6 langkah sahaja..tapi mak & abah gembira sangat2. Maklumlah..pertama kali tengok Hannani berjalan. Hehe.. Sekarang ni kalau mak pegang tangan dia..laju je dia jalan. Tapi cuba lepaskan tangan dia..terus je duduk..alahai anak mak ni..malas betul nak praktis berjalan ye. Melangkah 2 3 tapak je terus duduk..cne ni..nanti raya nak jalan2 pakai baju kurung cantik kan? Kene la rajin berlatih berjalan :-)

Sekarang ni pun Hannani dah pandai sebut "aaabah" Jelas sebutannya..tak sabar mak abah nak dengar Hannani panggil "mak" plak. Hehe...
Hannani dah pandai ikut apa yang mak dan abah sebut..walaupun sebutannya tak berapa jelas. Tak apa..mak abah faham..Hannani nak belajar bercakap (",) Nanti lama2 Hannani pandai sebut dengan betul. Sikit2..lama2 jadi bukit.

Hannani suka main..lagi2 kalau bermain dengan abah..tergelak2 kesukaan dia.
Nanti mak upload video Hannani main dengan abah ye.

Sekarang Hannani pandai tepuk tangan. Bila mak cakap "pandainya.." nanti Hannani pun tepuk tangan (",) comel sangat2. Bila mak tanya mana Hannani? Nanti Hannani jawab "yeee" sambil tangan naik kat kepala gaya2 macam sakit kepala gitu kata abah..hihi..

Hannani dah pandai memanjat...suka benar dia memanjat meja..pastu duduk ket tepi meja sambil goyang2kan kaki dia. Yang tu memang kegemaran dia la..goyang kaki macam orang senang hati tu...asal dapat juntai kaki je terus je bergoyang kaki dia. Hehe..macam2 perangai dia..tapi itu la yang membuatkan mak & abah gembira.

Hrrmm..lagi satu..Hannani dah pandai hulur tangan minta mak abah dukung dia.. Kalau mak minta barang yang dia pegang, Hannani dah boleh bagi respon dengan memberi barang tu pada mak. Hah..itu tandanya  Hannani dah mula faham apa yang mak abah cakap (", )

Hannani makin aktif sekarang..badan pun susut sedikit sebab tak suka makan.. Nasib la Hannani masih menyusu badan..ada la juga tenaga nak main ye. Tak apa..kurus senang nak jalan nanti kan? Hehe...mak & abah doakan Hannani sihat selalu..

Okey la..sampai sini dulu ye. Mak nak kemas umah sikit..sementara Hannani tidur ni.
Tata...


No comments:

Post a Comment