Waktu Solat

28/05/2012

Nur Ain Hannani 9 bulan

Assalamualaikum anak mak & abah...

Dah lama mak xmenulis untuk Hannani. Maaf ye sayang..mak sibuk sikit kebelakangan ni.
Alhamdulillah..sekarang Hannani dah masuk 9 bulan. Makin cerdik anak mak & abah ni. Macam2 ragam dia sekarang. Okey, kita ikuti perkembangan Hannani di usia 9 bulan ni beserta gambarnya ye ^__^

Bijak
Hannani semakin bijak sekarang. Bila abah siap2 pakai baju nak pergi kerja mesti dia akan kejar abah. Lupa terus dekat mak. Hannani pasti akan mengangkat2 badannya..isyarat dekat abah la tu nak minta dukung. Selagi abah tak dukung dia pasti akan kejar abah sampai menangis. Bila abah dukung je terus tersenyum. Siap babai mak lagi. Kononnya abah nak bawa dia jalan la tu..tinggalkan mak ye. Hannanni..Hannani...

Faham
Sekarang Hannani dah mula faham apa yang mak & abah cakap. Bila mak suruh Hannani duduk..dia akan duduk. Bila kene marah dah pandai menangis..kalau dulu kene marah dia buat tak tahu je kan. Dah besar dah anak mak & abah ni.

Meniru Gaya
Angkat tangan...
Hehe...ini yang paling mak suka. Hannani dah pandai tiru gaya mak & abah. Kalau kita angkat tangan Hannani juga akan angkat tangan. Dah pandai salam cium tangan.. Bila tanya mana Hannani??? Hannani akan angkat tangan sambil jawab "yeeeeee" Hah..itu versi saya pada Hannani. Hehe...


Berdiri
Anak mak & abah ni dah berani2 berdiri sambil lepas tangan. Haaa...tu tanda2 nak pandai jalan la tu. Heee...tak sabar abah nak tunggu Hannani pandai jalan tau. Mak pun sama ^__^ Harap2 sebelum raya ni Hannani dah pandai jalan. Boleh bergaya dengan baju kurung dia.

Gigi
Hannani tayang giginya...
Sekarang Hannani dah ada 5 batang gigi. Atas 3 batang, bawah 2 batang. Hehe..kalau senyum cantik je gigi dia tu. Lagi2 2 batang gigi kapak dia tu. Sweet sangat! Hannani dah pandai makan biskut2 yang keras dengan 5 batang gigi dia tu.


Bercakap
Hrrmmm...agak2nya bila Hannani boleh bercakap ye? Mak & abah tak sabar tunggu Hannani pandai bercakap. Hari tu masa pergi kedai baju, mak cakap dekat abah "Baju ni cantik" Abah tanya cantik ke? Mak cakap lagi sekali baju tu cantik. Hannani pun jawab "anteekkk" Tergelak besar mak & abah dengar Hannani sebut 'cantik'. Ya Allah..tak sabarnya mak & abah nak dengar Hannani sebut mak & abah dengan jelas.

Alhamdulillah rezeki Hannani...sekarang Hannani masih menyusu badan disamping makan makanan tambahan seperti nasi & biskut. Makin manja dia dengan mak sebab masih menyusu lagi. Semoga anak mak & abah ni membesar menjadi anak yang solehah ye

Jom layan gambar Hannani...

Hannani bersama dengan atuk. Macam nak terbang gaya dia..hehe

Hehe..mak..abah...


Bunga kesayangan Hannani


Nak buat apa ni???


Hrmm..gigit tangan

Bulatnya mata Hannani

02/04/2012

Nur Ain Hannani 7 bulan

Assalamualaikum Hannani sayang...

Tanggal 20 Mac 2012 yang lepas Hannani genap 7 bulan. Alhamdulillah..anak mak & abah dah membesar dengan sihat di depan mata mak & abah. Seronok mak & abah melihat perkembangan Hannani. Tak sabar rasanya nak tunggu Hannani besar nanti :-)

Macam2 keletah Hannani sekarang. Bila dah pandai merangkak ni habis satu rumah dia jelajah. Di usia 7 bulan ni semakin laju Hannani merangkak. Kadang2 mak & abah xsempat nak kejar Hannani. Tau2 je dah ada kat bawah kerusi. Hehe..anak mak & abah ni memang...

Bulan ni Hannani tumbuh lagi dua batang gigi. Kali ni di sebelah atas pula ^__^ Anak mak & abah ni dah ada 4 batang gigi (*_^)V. Hehe..alhamdulillah..semoga Hannani pandai makan ye lepas ni. Dah ada banyak gigi ni kene pandai makan tau sayang.

Kadang2 Hannani dah faham apa yang mak & abah cakap. Kalau mak suruh duduk dia duduk. Suruh datang dekat Hannani datang. Seronok layan Hannani sekarang  ni tau. Manja bukan main lagi...kalau boleh nak melekat je dengan mak. Hehe...tapi kalau ada abah Hannani terus lupa mak kan. Bila nak susu je datang dekat mak. Sedih tau..huhuu..

Hannani juga pandai mengambil barang yang di beri. Pandai campak barang juga. Banyak dah perkembangan Hannani sekarang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Selain itu, Hannani juga suka berceloteh. Macam2 perkataan yang keluar dari mulut Hannani ni. Tak sabar mak & abah nak tunggu bila Hannani pandai cakap nanti. Hehe..

Alhamdulillah...rezeki Hannani ada untuk menyusu badan sepenuhnya. Mak & abah doakan Hannani membesar dengan sihat & cerdik. Semoga menjadi anak yang solehah ye sayang....taat pada perintah Allah...taat padamak & abah dan berjaya di dunia & di akhirat nanti. InsyaAllah.

26/03/2012

Nur Ain Hannani 6 bulan-2


Assalammualaikum cahaya mata kesayanganku...

Minta maaf ye sayang..mak lambat update blog untuk anak mak abah ni. Sibuk sikit sepanjang bulan ni. Dah lama entry ni dududk dlm draf xsempat2 lagi mak nak sudahkan. Syukur..hari ini mak punya kesempatan untuk menyiapkan draf ni ^__^

Alhamdulillah..usia Hannani dah masuk 6 bulan pada 20/02/2012. Pelbagai ragam anak mak & abah ni..Ceria & aktif orangnya. Okay, kalau hari tu abah dh upload video Hannani merangkak & bermain, hari ini mak akan bercerita tentang perkembangan Hannani di usia 6 bulan ni.

1) Hannani yang kerap mencuit hati mak & abah ni sekarang dah pandai merangkak. Kalau bulan lepas Hannani merangkak versi ulat beluncas, sekarang Hannani dah merangkak dengan laju. Takde versi ulat beluncas lagi. Alhamdulillah...syukur sangat2. Habis satu rumah Hannani dah jelajah. Bukan itu saja tau..Hannani juga pandai mengemas. Habis lipatan baju mak Hannani kemas kan? Cerdik anak mak & abah ni.

2) Selain itu, Hannani dah pandai duduk sekarang. Comel sangat gaya duduk dia.. Senget2 badan dia duduk.. Penat merangkak Hannani akan duduk pula. Alhamdulillah...Hannani membesar dengan sihat. Mak & abah gembira melihat perkembangan Hannani. Cepat besar ye sayang..tak sabar mak & abah nak dengar Hannani bercakap pulak. Hehehe..


3) Terasa cepat pula perkembangan Hannani di usia 6 bulan ni. Tapi mak & abah bersyukur sangat. Hannani kini dah pandai memanjat. Tak kisah la kerusi ke, kepala katil ke, mak atau abah..Hannani akan panjat. Hobi terbaru dia ni. Manja sangat..bila mak & abah duduk je terus Hannani berdiri memaut badan mak.Sebolehnya dia nak mak & abah beri perhatian pada dia. Suka sangat!


4) Hannani dah tumbuh gigi ^__^. Ada dua batang gigi bawah. Tapi Hannani xpandai makan lagi..hehe..anak mak seorang ni kelakar la. Alhamdulillah Hannani xmeragam tumbuh gigi ni. Xde demam cuma terlebih manja dengan mak je. Hehe...

5) Sekarang Hannai dah pandai memegang barang. Ambil mainan atau apa saja yang dia jumpa terus masuk mulut. Hrmm...mak suka Hannani dah pandai memegang..cuma mak tak suka kalau Hannani kutip benda2 kotor masuk dalam mulut. Tak mau ye sayang..ambil yang bersih sahaja ye.

6) Di usia 6 bulan ni Hannani masih menyusu badan..alhamdulillah rezeki untuk Hannani menyusu sentiasa ada. Semoga anak mak & abah dapat membesar dengan sihat. Terdidik menjadi anak yang solehah & taat pada mak & abah ye.



22/01/2012

Nur Ain Hannani 5 bulan

Assalammualaikum...

Nur Ain Hannani anak kesayangan mak & abah,
Alhamdulillah...Hannani dah masuk 5 bulan pada 20/01/2012 yang lalu. Syukur yang tidak terhingga...melihat anak mak & abah ni membesar didepan mata mak & abah. Sihat..ceria dengan keletah manjanya. Semakin Hannani membesar, semakin banyak keletah manja dia yang mencuit hati mak & abah.

1) Bila duduk-duduk bersama Hannani, mak & abah geli hati melihat telatah Hannani yang cuba menarik perhatian mak & abah untuk melayan dia. Selalu Hannani akan mengangkat2 badan dia...nak suruh mak atau abah angkat dia la tu. Tak pun dia akan hantuk2 kepala dia kat kaki abah...buat macam2 bunyi..hrrrmmmm...hhhrrmmm... kadang2 mmmmmmm....mmmmmm...semua tu cara dia nakkan perhatian. Bila mak & abah agah2 dia atau bercakap dengan dia senyap la nanti.

2) Hobi Hannani sejak kecil yang mak & abah xberapa nak minat..hehe..makan kaki sendiri. Ya Allah..tau tak apa kata orang bila tengok Nani makan kaki sendiri? Orang akan cakap Nani nak adik lagi tau. Fitnah dunia...tak mau makan kaki lagi ye sayang..lagipun kaki tu kotor...habis stokin Nani semua jadi coklat.

3) Hannani sekarang dah pandai meniarap...baru belajar nak merangkak. Angkat punggung..kepala tertinggal..angkat kepala...punggung pulak tertinggal kat bawah. Bukan main tinggi lagi dia angkat punggung tu..kadang2 sampai tergolek. Kesian anak mak & abah ni...berusaha ye sayang. Nak berjaya tu bukan senang tau..kene selalu belajar & praktiskan baru boleh berjaya.

4) Mulut Hannani selalu berceloteh. Ada je bunyi yang keluar. Rajin anak mak & abah ni berceloteh..murah dengan senyuman pulak tu. Semua orang dia tegur dengan senyuman manisnya. Tapi, apabila orang ambil..alahaiiii nangis bukan main kuat lagi. Maklumlah..dah kenal orang sekarang. Kalau yang ambil Nani tu orang lelaki..ada misai ngan janggut pasti Hannani menangis. Kadang2 kelakar jg tengok..dah tahu takut masih lagi nak tengok muka orang tu. Hannani...Hannani...

5) Alhamdulillah...Hannani masih menyusu badan. Macam2 gaya Nani menyusu sekarang. Kadang2 baring..telentang...meniarap..aishh..macam2 la. Ikut dan dia je nak menyusu macam mana kan. Tak pe..mak masih boleh bertahan walaupun kadang2 tu geram juga. Hehe...yang penting Hannani nak menyusu & sihat kan.

Mak & abah nak tengok Hannani membesar dengan sihat..menjadi anak yang solehah..mendengar kata..taat pada perintah Allah & Rasulnya. InsyaAllah.

16/01/2012

Belajar Merangkak

Dah lama abah tak tulis kat blog kita. Selalu Mak jer yang kerap menulis di sini. Semuanya kisah tentang Hannani. Kini Hannani hampir berumur 5 bulan. Abah & mak amat teruja atas tumbesaran Nani yang membesar dengan sihat. Sejak akhir2 ni, Nani seperti mahu belajar untuk merangkak di mulai dengan mengangkat punggung. Macam biasalah... Pembelajaran Nani untuk merangkak di sertai dengan tangisan, sama macam ketika nani belajar meniarap... Kadang2 abah ngan mak kesian tengok Nani menangis sebab tak berjaya angkat bahagian badan. Tapi Nani tetap berusaha walau dalam tangisan... Dalam rasa kesian pada Nani, abah ngan mak sentiasa memberi harapan pada Hannani walaupun kami tahu yang mungkin Nani tidak faham aper yang kami tuturkan... "Cuba Nani, cuba lagi... abah ngan mak tahu Nani boleh, anak abah ngan mak kuat... yeeeeaaaa". Itulah kata semangat untuk anak abah ngan mak. Nani juga dah pandai menjerit. Satu jeritan yang sungguh nyaring... huh... Ada suatu ketika di kala malam, semasa abah ngan mak sedang lena tiba-tiba nani menjerit dengan nyaring... "aaaaaaaaaaaaaaa". Terperanjat kami di buatnyer khuatir terjadi apa2 ke atas Nani, rupa-rupanya nani sedang bermain sendirian... Ya Allah, tuhan sajer yang tahu betapa berdegup kencang jantung kami akibat risau sesuatu terjadi pada Nani... Abah ngan mak berharap sangat tidak terjadi ape2 terhadap anak kesayangan kami Nur Ain Hannani. Macam biasa jugak senyuman Hannani sentiasa membuatkan kami seronok... Nani mempunyai senyuman yang menawan... Abah ngan mak suka tengok Nani senyum... Alamak... tiba2 blank la plak... abah dah x tau nak tulis ape lagi dah... ha3... setakat sini dulu coretan abah untuk kali ni... ABAH & MAK sayang Nur Ain Hannani...........

07/01/2012

Nur Ain Hannani 4 bulan

Hannani sayang...
Pertama sekali mak minta maaf ye..lambat lagi mengupdate status Hannani di blog ini. Macam biasa..mak sedikit sibuk menguruskan hal2 rumah & hal2 Hannani. Tapi syukur...hari ini mak berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu untuk Hannani ;-)

Alhamdulillah...hujung bulan lepas Hannani telah mencapai umur 4 bulan. Macam2 keletah anak mak & abah ni semenjak dua menjak ini. Yang pasti..mak & abah sungguh gembira dengan keletah Hannani. Perkembangan Hannani di usia 4 bulan sangat menarik.

1) Tepat jam 11.50malam, 14 Disember 2011 Hannani telah berjaya meniarap. Syukur...gembira yang tidak terhingga mak & abah melihat perkembangan terbaru Hannani. Patut la Hannani tak nak tidur malam itu..rupanya Hannani nak menunjukkan kebolehan dia ye.

2) Hannani juga sudah pandai berceloteh...mak & abah layan je walaupun tak faham apa yang Hannani celotehkan tu..seronok tengok Hannani berceloteh. Sambil baring main kaki dia...mulut pun duk sibuk yeeee..yeee...ngeee.... Geram tau tengok telatah Hannani! Comel sangat!

3) Alhamdulillah...Hannani masih menyusu badan sepenuhnya..walaupun sekarang Hannani macam kurang selera nak minum susu..tapi Hannani tetap manja dengan mak kan. Suka dia bau ketiak mak kan..hehe.. Walaupun Hannani kurang menyusu sekarang tapi Hannani tetap tidak melepaskannya walaupun dah tidur. Tak hisap pun tak pe..asalkan ada dalam mulut ye.

4) Hannani dah makin aktif sekarang..kerap bermain...suka senyum.. Senyuman menawan dia tu buat mak, abah, atuk & nenek teringat2 je selalu. Gelak ketawa manjanya selalu menceriakan hati mak & abah. Semoga senyuman manisnya kekal sehingga besar nanti ye.

5) Hrmm..apa lagi ye..Hannani masih suka mandi. Cuma Hannani takut sikit bila mandi dengan air sejuk. Kalau air panas suka la dia..siap berenang-renang lagi. Geram je tengok telatah dia tu.

Baiklah..dah malam ni, Hannani pun dah mula merengek. Jom kita tidur... Mak & abah mendoakan Nur Ain Hannani membesar menjadi anak yang solehah..taat pada agama, ibu bapa, pintar & berjaya di dunia & di akhirat kelak. InsyaAllah...