Waktu Solat

13/09/2012

Komputer Mati Sendiri????

MISTERI...

Kenapa komputer ni mati sendiri???
Tak ada bekalan elektrik ke????
Aikkkk...tv dan kipas hidup masih berfungsi seperti biasa.

Sekali tengok ke bawah....
Ya ALLAH...bijaknya anak mak abah ni!!!

Hannani tengah sibuk menekan-nekan CPU rupanya...mesti dia dah tekan butang shut down dekat CPU tu.. Itu la sebab kenapa mak punya komputer mati tiba-tiba. Cerdiknya la Hannani ni ye. Boleh pulak dia shut down komputer yang mak tengah guna ni.

Hannani minat dengan komputer ni ke atau Hannani nak tarik perhatian mak supaya main dengan dia ni?? Hehe..jom sdayang..kita main sama2 ^__^

28/08/2012

Nur Ain Hannani 1 Tahun


Assalamualaikum...
Alhamdulillah Hannani telah genap setahun pada 20 Ogos yang lalu. Syukur...anak mak & abah membesar dengan sihat & semakin bijak ^__^


Hadiah Hari Lahir
Sempena ulang tahun Hannani yang pertama ni, mak abah hadiahkan Hannani sepasang baju & beg tangan mainan. Saja mak abah belikan dia mainan sebab jarang sangat mak abah belikan Hannani mainan. Selalu Hannani main apa sahaja yang dia jumpa kat rumah ni..pinggan pun boleh jadi mainan dia.


Berjalan
Sejak dah pandai berjalan ni Hannani makin ligat. Suka dia berjalan sana sini..kadang-kadang mak fikir mungkin Hannani tengah gian nak berjalan. Mak abah tengah makan, Hannani akan berjalan pusing keliling mak abah. Bila mak masak Hannani sibuk tolong mak masak kat dapur. Penat abah ambil bawa ke depan, kejap lagi Hannani dah berjalan sampai ke belakang balik. Kesian abah..letih kejar Hannani.

Berceloteh
Hannani suka berceloteh bila duduk bermain. Kadang-kadang Hannani ajak mak abah sembang sama. Hehe..tapi mak abah tak faham apa yang Hannani sembangkan. "Acece...ce.cee...nya..bam..bah bah..." Kadang-kadang tu ada juga la perkataan yang mak abah faham macam "abaahhhh" "tata" "cini" ^__^ Comel sangat anak mak abah bila berceloteh. Lucu pun ada bila tengok aksi Hannani pegang talifon sampai senget kepala sambil buat bunyi "haaa..haaa...haaa..." Konon tu tiru gaya mak tengah cakap kat talifon la tu. Hehe...

Kasut
Tengok gambar ni...hehe..Hannani suka sangat dengan kasut dia ni. Bangun tidur terus sahaja cari kasut. Bila nampak kasut je terus ambil bawa kat mak. Siap pijak-pijak lagi kasut tu..konon bagi isyarat kat mak la tu nak pakai kasut. Tersenyum simpul dia bila mak pakaikan kasut tu. Suka sangat kan..

Mak abah sentiasa doakan Hannani membesar dengan sihat & bijak. Semoga Hannani menjadi anak yang solehah & mendengar kata orang tua.






19/08/2012

Aidil Fitri 2012


Assalamualaikum...

Tahun ni merupakan tahun ke 2 Hannani beraya :-)
Tahun ni dapat la Hannani melaram dengan baju kurung. Tahun lepas tak ada baju kurung lagi..Hannani baru 10 hari masa menyambut raya tahun lepas.

Masa ambil gambar ni Hannani in a good mood. hehe...tu yang dia sporting je masa ambil gambar walaupun muka tak ada senyum langsung. Alahai anak mak abah ni..selalu je buat muka serius dia tu.
Nampaknya Hannani suka dengan kasut raya dia ni..tadi bangun tido je terus minta pakai kasut tu. Hehe..comel je...suka sangat dekat kasut baru tu. Kalau boleh nak pakai 24 jam.

Dah besar dah anak mak abah ni. Esok dah nak sambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
Semoga anak mak abah ni membesar menjadi anak yang solehah ye.

01/08/2012

Aksi Hannani diusia 11 bulan

Assalamualaikum..

Jom kita saksikan aksi daripada Hannani :-)



Ketika mak mengupload video ni, mak sedang mendukung Hannani yang  tengah mengamuk minta perhatian. Jelous dengan komputer ni haa...mak asik tengok komputer tak nak layan dia main ye..hehee
Sambil2 tu tangan dia pun ikut tekan keyboard sama..konon nak taip berduet ngan mak la tu ^__^

Jadi mak xleh nak tulis banyak2 la entry kali ni ye...faham2 sudah :-)

22/07/2012

Nur Ain Hannani 11 bulan

Assalamualaikum sayang...

Alhamdulillah..Hannani dah masuk 11 bulan 20 Julai 2012. Dah besar dah anak mak & abah ni..bulan depan dah setahun. Mak abah doakan semoga Hannani sihat & membesar menjadi anak yang solehah.

Okey..nak bercerita tentang perkembangan Hannani di usia 11 bulan ni ^__^

Jam 3.30 petang 8 Julai lepas, mak & abah dapat menyaksikan Hannani berjalan. Teruja mak & abah tengok Hannani menapak..walaupun cuma 5 6 langkah sahaja..tapi mak & abah gembira sangat2. Maklumlah..pertama kali tengok Hannani berjalan. Hehe.. Sekarang ni kalau mak pegang tangan dia..laju je dia jalan. Tapi cuba lepaskan tangan dia..terus je duduk..alahai anak mak ni..malas betul nak praktis berjalan ye. Melangkah 2 3 tapak je terus duduk..cne ni..nanti raya nak jalan2 pakai baju kurung cantik kan? Kene la rajin berlatih berjalan :-)

Sekarang ni pun Hannani dah pandai sebut "aaabah" Jelas sebutannya..tak sabar mak abah nak dengar Hannani panggil "mak" plak. Hehe...
Hannani dah pandai ikut apa yang mak dan abah sebut..walaupun sebutannya tak berapa jelas. Tak apa..mak abah faham..Hannani nak belajar bercakap (",) Nanti lama2 Hannani pandai sebut dengan betul. Sikit2..lama2 jadi bukit.

Hannani suka main..lagi2 kalau bermain dengan abah..tergelak2 kesukaan dia.
Nanti mak upload video Hannani main dengan abah ye.

Sekarang Hannani pandai tepuk tangan. Bila mak cakap "pandainya.." nanti Hannani pun tepuk tangan (",) comel sangat2. Bila mak tanya mana Hannani? Nanti Hannani jawab "yeee" sambil tangan naik kat kepala gaya2 macam sakit kepala gitu kata abah..hihi..

Hannani dah pandai memanjat...suka benar dia memanjat meja..pastu duduk ket tepi meja sambil goyang2kan kaki dia. Yang tu memang kegemaran dia la..goyang kaki macam orang senang hati tu...asal dapat juntai kaki je terus je bergoyang kaki dia. Hehe..macam2 perangai dia..tapi itu la yang membuatkan mak & abah gembira.

Hrrmm..lagi satu..Hannani dah pandai hulur tangan minta mak abah dukung dia.. Kalau mak minta barang yang dia pegang, Hannani dah boleh bagi respon dengan memberi barang tu pada mak. Hah..itu tandanya  Hannani dah mula faham apa yang mak abah cakap (", )

Hannani makin aktif sekarang..badan pun susut sedikit sebab tak suka makan.. Nasib la Hannani masih menyusu badan..ada la juga tenaga nak main ye. Tak apa..kurus senang nak jalan nanti kan? Hehe...mak & abah doakan Hannani sihat selalu..

Okey la..sampai sini dulu ye. Mak nak kemas umah sikit..sementara Hannani tidur ni.
Tata...


21/07/2012

Bersawang ^__^


Assalamualaikum Hannani...


Hehe..dah bersawang dah blog ni..lama mak xmenjenguk di sini. Maaf ye sayang..sibuk sikit sekarang ni.
Hrrmm...insyaAllah ada entry terbaru untuk Hannani ye. Mak xsempat lagi nak update..insyaAllah dalam masa terdekat ni mak cuba usahakan ye.


Semua boleh untuk anak mak & abah ni..


Hari ni hari pertama kita semua berpuasa pada tahun 2012 ni. Tadi mak abah sempat juga bawa Hannani jalan-jalan dekat bazar ramadhan. Suka dia tengok orang ramai kanan kiri..tapi mak tak suka orang ramai-ramai..susah nak berjalan. Mak abah tau..Hannani jarang dapat keluar jalan2..tu yang dia suka sangat bila ada peluang berjalan2 kan.


Haaa...nak tau tak apa kebolehan Hannani sekarang???


Hehe..tunggu tau...Hannani sekarang dah besar panjang...dah masuk 11 bulan. Bulan depan dah genap setahun. Macam2 kebolehan dia sekarang. Tak terikut mak & abah nak melayan ni...
Ada je aktiviti yang Hannani buat kalau duduk diam tak mengacau mak dekat komputer ni.. Tu yang selalu dapat benjol sana sini.. Tak pasal2 dapat telur free kan ^__^


Tengok tuuuu...Hannani dah merengek2 minta perhatian..


Okey la..sampai di sini dulu ye..nanti mak berceloteh lagi..hehe.

01/06/2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Penat lelah mak & abah berkejar ke sana ke mari akhirnya nampak di depan mata. Syukur...Allah permudahkan urusan kami.

25 Mei yang lepas mak telah berjaya mendaftarkan perniagaan dekat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama abah & Hannani. Pergi ke sana selepas mak selesai temuduga. Hari Jumaat pejabat2 kerajaan akan tutup awal. Kami sampai di sana dalam pukul 11.15. Pegawai2 pun melayan dengan baik & Alhamdulillah LAMAN MUSLIMAH RESOURCES dapat didaftarkan dengan mudah & pantas. Syukur...

Mak gembira sangat sebab Hannani berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut. Maklumlah, Hannani dah dikejutkan seawal pukul 7pagi untuk menghantar mak temuduga. Tunggu lama hampir 2 jam baru selesai. Tapi mak dah upah Hannani awal2 sebelum pergi temuduga dan masuk ke SSM. Jadi Hannani ceria selalu sebab dah dapat upah dulu ^__^

Mak & abah minta maaf menyusahkan Hannani yang masih kecil.  Mak & abah selalu bawa Hannani ke sana ke mari menguruskan perniagaan kita yang baru nak bertapak ni. Mak harap bila Hannani besar nanti Hannani faham kesusahan yang kita rasa sekarang ni adalah untuk kesenangan masa depan kita nanti. Biarpun orang keliling selalu kata kesian pada Hannani, kecil2 lagi dah diusung ke sana ke mari..penat. Iye...mak tau..kita sama2 penat. Tapi itu untuk memastikan kesenangan kita pada masa depan. Mengerti ya sayang..